MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Tuesday, February 1, 2011

Pelajar Minta Dibawa Keluar Dari Bumi Mesir..

Assalamualaikum..
Masih berbicara mengenai krisis di Mesir..

Seramai 11,319 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir mahu kerajaan segera membawa mereka keluar dari negara itu ekoran suasana tidak selamat akibat demonstrasi besar-besaran sejak Selasa lepas.
Difahamkan, keadaan huru-hara hampir semua tempat berlaku ekoran rusuhan melibatkan pertempuran rakyat negara itu dengan pihak polis dan tentera.
Selain rusuhan, jenayah rompakan turut berlaku ekoran hampir keseluruhan kemudahan negara itu kini lumpuh dan mengakibatkan krisis tempat tinggal dan makanan.

Gambar, Kosmo
Di Mansurah, mereka mendakwa akan berlaku rusuhan besar jam 11 pagi Mesir iaitu jam 5 petang di Malaysia dan kawasan itu kini telah diisytihar 'kod oren'.
Balai polis di sana pula difahamkan telah dikuasai orang jahat yang telah merampas dan senjata dan pakaian polis dan sekarang menyamar sebagai anggota polis.
Namun mengikut maklumat mereka, tiada sebarang insiden membabitkan pelajar Malaysia di Mansurah, namun seorang pelajar Indonesia didakwa telah ditembak.
Di Tanta pula, penduduk dikenakan catuan bekalan air dan elektrik.
Turut difahamkan, seorang pelajar Malaysia terkena tembakan di kaki akibat peluru sesat, namun tiada sebarang pengesahan dari pihak berkuasa Malaysia setakat ini.
Berbeza di Kaherah, suasana kini dilaporkan semakin pulih selepas pihak tentera mengambil alih.
Lapangan terbang juga kini dilaporkan mula dibuka selepas dikatakan ditutup semalam namun berdepan beberapa masalah lain.
Suasana sama turut berlaku di Alexandria di mana keadaan semakin dan bertambah baik untuk pelajar Malaysia.Namun mereka kini berdepan kenaikan harga barang, ekoran banyak kedai ditutup.
Menangani krisis ini, Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Mesir bekerjasama rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) untuk mengaktifkan pasukan teras bagi menangani sebarang kemungkinan risiko keselamatan, dan sebuah bilik operasi krisis dibuka sejak Rabu lepas di kedutaan.
JPM Mesir akan menyediakan nasihat keselamatan yang bersesuaian dengan situasi dan masa untuk dimaklumkan kepada mahasiswa serta pegawai Hal Ehwal Pelajar negeri-negeri.
 ( Sumber : Harakah Daily)
~~..Allahumma 'ajjil bil qiyam ad daulatil Khilafah..Allahuakbar !!! ~~





1 comment:

Admin said...

Semoga rakyat kita di sana dilindungi Allah..
dan semoga urusan mereka dipermudahkan Allah..
sama2 kte brdoa..

Terbaru:
-TERKINI: KRISIS DAN DARURAT DI MESIR, BUTAKAH KITA?
-HARGA MINYAK NAIK LAGI PADA 1 FEBRUARI 2011

My Ping in TotalPing.com