MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Sunday, November 10, 2013

Cuti-cuti Saya Part 3 (Cara ke USS, Singapore)

Assalamualaikum..

Post kali ni aku nak cerita cara-cara nak ke USS, Singapore.
Boleh guna jalan darat atau udara. Lalu jalan air aku tak sure pulak.

Kalau guna travel agent senang la kot sebab semua diuruskan..
Tapi untuk kami yang main terjah-terjah ni, ni la cara yang kami.

Aku bagi direction dari Terminal Bas Larkin.

1. Naik SBS Transit No 170 (MRT Kranji)  menuju  ke Stesen MRT Kranji Singapore dengan tambang RM 1.90. Klau nak bas ekspress RM 5.00 tak silap
2. Bas start operasi pukul 6.00 pagi.
3. Bas akan berhenti di Imigresen Malaysia (CIQ) dan Imigresen Singapore (Woodlands) bagi tujuan cop dan pengesahan passport. Apabila selesai urusan passport, pastikan naik bas yang sama atau sekiranya terlepas bas tadi boleh naik bas lain dengan nombor bas yang sama untuk ke MRT Kranji stesen. Tiket jangan di buang kerana akan diperiksa semula ketika naik bas selepas urusan imigresen.
#tiket comel lote..simpan baik-baik

Ni map MRT. Kalau korang nak map laluan MRT boleh je mintak kat customer service 


  1. Sampai sahaja di MRT NS7 Kranji line merah beli tiket ke CC29 Harbour Front line purple satu kali perjalanan SGD2.30

Tiket ni boleh guna 6 kali

2. MRT ini bukan direct ke Harbour Front

3. So, dari MRT Kranji perlu turun di Jurong East dan naik train ke Outram Park line hijau

4. Sampai Outram Park, turun dan tukar train ke Harbour Front line purple #boleh je ambil laluan lain.ikut korang la, janji sampai kan

5. Apabila sampai sahaja di Harbour Front stesen ikut signage ke VivoCity/Sentosa Expres (Monorail) . Nak ke Sentosa Island yang ada  USS tu perlu naik monorail.  Tiket monorail dari Sentosa Station ke Sentosa Island SGD 4.00

 Tiket ni boleh guna sekali je..

6. Naik monorail then stop di Waterfront Station.

"WELCOME TO UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE"





Ok. tu je..
tata..

Cuti-cuti Saya Part 2 (Muar => JB)

Assalamualaikum.
Dalam entry lepas kite nak cite projek gile yang kite buat ngn cousins kan..kan..kan..?
Awat laa kite..kite plak..
#change
Pada aku takde la gila sangat..
Petang Sabtu decide nak pi USS, Singapore.
Then malam bertolak ke Johor sebelum keesokan paginya ke Singapore.
Asal ada sedikit duit dan passport, itu semua bisa terjadi. huhu~
Tiket ke JB and urusan tukar duit semua YANA yang uruskan...
tengkiu...tengkiu..



Maka Sabtu, pukul 8.00 malam berpergianlah kami ke JB (Stesen Bas Larkin)..
Sampai Larkin, tiadalah arah tujuan..Telefon Fida tanya hotel dekat-dekat stesen bas ni.
Dia tak tau la pulak. Tp dia cakap "Surau aku tau la,kat atas". Baik punya cadangan.
  Tp kami 3 bersepupu ambil keputusan untuk cari hotel bajet.
Jadi adalah seorang abang kat stesen bas tu cadangkan Ghazrin Budget Hotel


Actually ada je lagi murah. Tp sebab kami nak aircond and attached bathroom so harganya RM 70. Klau guna kipas je RM 30. Single bed RM 25. Nak pi Ghazrin Budget Hotel ni naik kereta yang disediakan..FREE..
tp dari Hotel Budget ni ke Terminal Bas kena bayar RM 5.

Esok paginya Ahad, sebelum pukul 7.00 pagi dah checkout then trus pi Terminal Bas Larkin..
Let's start journey to Singapore pula.

Next Post ye I cerita..

Friday, November 8, 2013

Cuti-cuti Saya, Part 1 (Melaka)

Assalamualaikum.
Nak cerita pasal cuti-cutiku sewaktu cuti...
Setelah diberikan cuti selama seminggu, walaupun telah berbekalkan kudap-kudapan berupa projek-projek under construction...Cuti tetap cuti...
Lupakan ia seketika..

Jom baca dan lihat perjalanan cuti-cutiku..#berapa banyak cuti daa

Hari first cuti buat site visit katanya..
Bandar Hilir our location...

Tadaaaa..


Yang kat atas ni Muzium UMNO. Sapa2 yang nak tau sejarah pasai UMNO bole buat kunjungan ke sini...



 Yang ni pula Muzium Rakyat..




 Radio zaman mbien..


Ini bukan Taming Sari..

Habis air sebotol duk ronda-ronda sekitar sini jerk...
 Pas abis ronda-ronda pi cari Coconut Shake plak kat Klebang...
Fuhhhhh... Nikmat...


Done cerita hari Jumaat..

Hari Sabtu ada cerita lain..


Projek apa?
Next entry la ye..