MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Tuesday, September 23, 2014

Pertandingan Memasak

Salam semua.
Saje je nak cerita pengalaman aku dan mama masuk pertandingan memasak Nasi Beryani anjuran Syarikan Faiza dan Angkasa di SMKL. Masuk pertandingan ni pun gara-gara Mak Long yang masukkan nama. Okey takpa, kami try je. Menang atau kalahkan adat pertandingan. Janji kami ENJOY !!

Kami ingatkan boleh guna bahan-bahan dari rumah sebab kami dah sediakan segala rempah ratus yang biasa kami gunakan. Tapi kene guna barang-barang yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu Syarikat Faiza. Ada sedikit blurr sebab bahan-bahan yang disediakan terhad. Dan lagi satu, kalau kami masak di rumah, maka nasi yang di masak itu penuh dengan segala kekacang sebab saya ini hantu kacang. Tapi dalam pertandingan ni tak disediakan pula. It's okey la. Ni baru namanya challenge kan.






Inilah hasilnya.
Good Job Mama & Diya.
Next time kita try lagi..

Tuesday, September 16, 2014

Melawat Orang Meninggal

Selamat Hari Malaysia..
Hari ni juga berita duka diterima family kami. Atok sedaraku kembali mengadap Illahi. Oleh sebab Abah dah melancongkan diri ke Kelantan, maka akulah yang kene bawa Mama datang menziarah keluarga arwah.
Tahniah kepada diriku kerana inilah kali pertama aku melawat orang yang kematian. Mama asyik paksa aku untuk pergi. Dia cakap kita ni kene selalu ingat mati. Mati tu tak kira kat mana-mana. Macam mama ni, kalau bateri kat jantung ni stop mama pun stop la.
Huuuu~
Al-Fatihah buat Atuk sedaraku.

Abah ke Kelantan

Dari hari tu Abah cakap nak ke Kelantan. Tapi bukan dengan aku dan mama. Dia nak pergi dengan kawan-kawannya. Oleh sebab kami tak dapat ikut maka macam-macam kami lakonkan agar Abah tak jadi pergi..haha~
Mama : Nak gi Kelantan nak buat apa la tu?
Aku : Entah-entah nak pergi sempadan. Abah kan dah buat passport. (Tambah cuka)
Abah : Nak masuk sempadan buat apa pulak. Abah bawak orang yang rajin pergi masjid, tok imam..
Mama & Aku : Hurrrmm.. (tak menjadi strategi)
Apa-apa pun baibai Abah. Moga selamat perjalanan pergi dan pulang. Barang2 yang kami dah listkan jangan lupa beli. Happy Holiday !!


Thursday, September 4, 2014

Jom Warga Johor Mohon Rumah

Assalamualaikum

Untuk sekalian warga JDT jom sama-sama mohon rumah mampu milik Negeri Johor.
Untuk permohonan anda boleh click sini .





Jom la mohon. Mana tau ada rezeki nak dapat kan?
Untuk info lanjut korang boleh je tengok kat link yang kubagi diatas tadi ye.

My Ping in TotalPing.com