MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Sunday, July 31, 2011

Ramadan Datang Lagi

 Ramadhan bulan ibadah
Bulan kerahmatan dan keampunan
Para malaikat merendahkan sayap
Untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan berpuasa
Bulan kesabaran dan keinsafan
Lapar dan dahaga mendidik jiwa
Menundukkan nafsu
Mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
Ditutup pintu neraka
Dibelenggu syaitan yang durjana
Dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmat-Nya
(Ya ramadhan)
Dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
Beruntunglah bagi mereka yang
Mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
Tiap satu pahala ibadah
Tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
Dikurniakan lailatul Qadar
Malam yang terbaik
Diumpamakan seribu bulan...



free glitter text and family website at FamilyLobby.com






Wednesday, July 13, 2011

Doa Pendekat Jodoh..

Doa pendekat jodoh ini aku dapat di laman
Sekadar Perkongsian Bersama..



Doa ini dititipkan buat semua yang sedang mencari makna cinta yang sejati..
Berdoalah secara berterusan, dengan rasa merendah diri, waktu selepas tahajud...
dikala permata Allah bertaburan turun bumi, orang lain lena diulit mimpi...
Moga cinta sejati akan ditemui..

 “Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

    Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

    Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin.

Sunday, July 10, 2011

Perubatan Moden VS Perubatan Alternatif

Salamun'alaik..
Agak lama tak mencoret di sini...

Berkenaan tajuk entri, aku bukanlah nak cerita kebaikan dan keburukan perubatan moden dan perubatan alternatif...cerita kebaikan dan keburukan perubatan moden dan alternatif nie aku dan pernah buat dalam karangan Pengajian Am zaman d0lu-dolu..

Apa yang ak nak ceritakan adalah berkenaan kisah nenekku....


Untuk pengetahuan semua, nenekku telah jatuh kira-kira sebulan yang lepas..
dan untuk pengetahuan semua juga, nenekku mengambil keputusan untuk tidak berjumpa d0ktor..
dia lebih memilih perubatan alternatif yang lain seperti urutan..
namun sampai sekarang masih tidak sembuh-sembuh..
Selain itu, nenekku juga menggunakan khidmat tabib Cina untuk merawatnya...

Pada pandangan aku, seharusnya nenekku itu dibawa ke klinik atau h0spital untuk dix-ray mengetahui sama ada ada keretakan pada tulangnya...

Namun apa-apapun, Semoga Cepat Sembuh Nenek !!!!