MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Sunday, September 29, 2013

Dari Selatan ke Utara

Pagi di Bangi, petang di Muar dan keesokan paginya sudah di Perlis...waaa...mau bebak badan ni...
Sesiapa yg ada nampak gambar ni di FBku, nak dimaklumkanlah, ini bukan majlis perkahwinanku...Kebetulan nama pengantin perempuan boleh sama plak...tu yg mengundang spekulasi... Harap dpt mencerahkan suasana bg yang dah tersalah anggap ye... hehe

Wednesday, September 25, 2013

Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra

Salam..
Oleh sebab minggu lepas tak balik kampung,
so, nak menceritakanlah apa yang aku buat pada hujung minggu.

Hari Sabtu lepas, Mak Su dan Pak Su pi la Solat Hajat kat sekolah Hanis di SMAP Labu. Oleh itu aku ditugaskan untuk menjemput Cha daripada kelas mengaji TEKNIK AL-BAGDADI.

Around pukul 12.30 tgh hari ambil Cha...Kesian dia dah duk menunggu...haha2~
Balik tu kami singgah ke Majlis Ramah Mesra kat Bandar Seri Putra..


Makanan banyak habis dah..
Majlis start pukul 10 pagi sampai pukul 2 petang..
Aku sampai pukul 1, mmg dah nak abis la kan makanannya..
Dapat makan bubur pulut hitam je..
tu je yang banyak lagi...Depa tak reti makan bubur pulut hitam kot..

Yang Cha pulak sanggup la beratur yang dapatkan secorong aiskrim..
Hailaaa..


Pastu, nak main pun kene beratur...
aiyakkk..



Sekian untuk program hari Sabtu..
hihi2~

Dan hari Ahad plak, pergila melawat Hakim pulak di SBI..


Sekolah ni dalan KUIS..
Sekolah under JAIS..

Sekian..
Itu je nk cerita psl hujung mingguku yg lalu..

 

Untukku...

Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah.. Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk hatinya yang lara bahawa keyakinannya, kepercayaannya dan takdir hidupnya semuanya dalam genggaman yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.



Tuesday, September 24, 2013

Bila ramai yang bertanya...

Ya Rabb,Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri, pasti kebahagiaan itu aku dapati. 
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku.
Ya ALLAH.Kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan, baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku. 

Agar kami sama-sama berjamaah tuk tetap MenujuMu. 
Bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami. 
Penuhilah dengan Rahmat dan kasih sayangMu. Amiinnn Ya Rabb.