MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Wednesday, April 28, 2010

Balik Kampung..(^_^)

SALAM..
hye semua..
x sabar rasenye nk blik kampung..
actually..
ak l0m abis exam p0wn...
ad lagi 3 paper..
tp..
dh beli tiket blik kampung..
(mengada-ngada punye bdk)
s0k ak ad paper math pk0l 9.00 a.m..
wish me luck yerk kawan2..
ok larr...
mls nk merapu pnjg2..
nk smbung study..
daa..

tarikh blik mu0..
07 Mei 2010..
1030 p.m..

Saturday, April 24, 2010

J0m Breakfast (>_<)V

As-salam..
Petang nie first paper for dis sem..
wish me luck..
sementara tue ak nk hidangkan korang ngn makanan yang sedap nie..
perot ak pown berkeroncong menatap gambar makanan nie lama2..
layannnnn....















Friday, April 23, 2010

exam + batuk + demam...

salam..
hye..
hello..
skrang nie bulan exam..
so..
korang mesti study hard kn??
ak??
usah di tanya..
nk study..
tp terdemam plak..
igtkn blik study week kt kampung dptlh fokus nk membace..
mne tau lak demam menyerang..
skarng nie dh blik penang..
hope dpt cover mne yg l0m study lagi..
pagi td mama call..
die ckp die ad kt klinik..
kne msuk gas..
bat0k+ demam gak..
adakah berjangkit drpd ak..
h0pe mama cpt sembuh..
ape2 p0wn..
nie cume cubaan yg sgt kecil jerk..
it's ok..it's alright..
come NADIA..
fight..fight..fight..
wish me luck!!
kawan-kawan...


http://emo.huhiho.com

Wednesday, April 14, 2010

Sambal Tumis Cili Api + Tempe


Salam..
Nampak tak gambar kt atas tue..
tu la dipanggil Sambal Tumis Cili Api + Tempe..
yummy..
satu-satunya masakan yang ak pro..
hik3..
Actually,ak x pandai masak sebenarnya..
tp oleh kerana ak suka sangat makan bende yang pedas2.
ak minta mama ajarkan buat sambal nie..
senang jerk nk buat sebenarnya..

Resepi Sambal Tumis Cili Api :
Bahan2 : Cili Api(seberapa pedas yang anda mahu),2 ulas bawang putih, 1 labu bawang merah,segenggam ikan bilis dan sedikit belacan serta bahan perasa dan sedikit air asam jawa

Cara2 : Kisar semua bahan2 di atas..then tumis sehingga naik bau..after that masukkan sedikit air asam jawa,gula,garam secukup rasa..kepada sesiapa yang suka tempe,bolelah masukkan tempe yang telah dipotong-potong..takp0wn klau tengah musim belimbing buluh..pown bole masukkan gak kt dalam smbal nie..sebab tue lar dlm kalangan famili kami kami gelarkan sambal nie sambal flexibel..

"SELAMAT MENCUBA"

http://emo.huhiho.com
perghh peluh..mkn sambal panas2 nie..
nyum..nyum..nyum







Tangga yg Unik (>_O)?


Salam..
Hari ini ak nk postkn satu lagi hasil kerja manusia yang pelik-pelik..
ish3~
Selamat menatap..



tangga zig-zag


Cam dlm cite Alice plak

xtau nk describe

tangga cm kt theme park plak

describe ar sendiri

http://emo.huhiho.com

mama dh bising..
j0m pi memasak..(>_<)?

Saturday, April 10, 2010

My Look..(^_^)


Assalamualaikum..
Saje jerk ak nk share ape yg ak dpt..
My Look..
mesti korg tertanya-tanya kn..
My Look nie ap bende..
sebenarnya ak p0wn x sure sgt..
My Look nie mcm enjin search yg lain kot..
cm Mr. Google..Cik Yahoo..
pape p0wn korg try sendiri larr..

My Look..


Nk tl0ng mama kemas kantin jap..
huk3~



mArI MaKaN..(^_O)?


me0w2 !!


halal kerr???


3 cute bears


barney..=)


rabbit yang cute..


Shin chan kerr sinbey ??


cute2~~


cube teka kartun ap nie??


ish2~~

mau2.=)


kartun ap nie..lupe ar??


cute!!


nie ak tau..hello kitty


princess..


prince frog..


d0ra..


sp0ngeb0b

erkkkk..kenyang sudah tatap ini gambar...
selamat menjamu selera..
(>_O)?

Wednesday, April 7, 2010

~~Bangga Dengan Brunei~~


Assalamualaikum..
Sudah bace keratann artikel di atas..
Mesti semua tertanya-tanya mengapa saya berbangga dengan negara orang lain bukan dengan negara sendiri..
Saya rasa berbangga dengan Brunei kerana sedaya upaya mempertahankan kedaulatan Islam..
Sebelum membaca artikel ini saya tidak tahu bahawa di Brunei penjualan arak adalah diharamkan oleh kerajaan..
Di Malaysia penjualan arak berleluasa dan setahu saya(kalau salah sila betulkan) salah satu sumber pendapatan kerajaan adalah daripada cukai penjualan arak..
Masya Allah..
Jika benarlah, kita semua turut bersubahat dalam hal ini..
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita...
Sebenarnya, orang yang minum arak ini bukan setakat orang bukan Islam, malahan orang Islam sendiri yang meminumnya..
Saya ambil contoh di kampung saya sendiri..apabila diadakan konsert atau kugiran, pada keesokan paginya pasti botol-botol arak bersepah..tetapi yang meminumnya bukan orang kampung sendiri tetapi orang yang entah dari pelusuk mana datangnya..pantang ada terdengar konsert atau kugiran pasti akan dihadirinya..kesian pada tuan rumah..

Turunlah wahai pemimpin..
Pertahankan kedaulatan agama kita..
Mungkin saya hanya dapat pertahankan melalui tulisan tangan kerana suara kecil ini mungkin tidak akan didengari..

"Sesungguhnya, hidupku..matiku kerana Allah Taala"




hApPy BiRtHdAy tO My CoUsIns..=)


Happy Birthday To My Cousins..Iwan and Acap..
May Allah Bless You All Forever..
And Insyaallah Get a Bright Future..

sheng ri kuai le..!!
otanjoubiomedetougozaimasu..!!

V(^__^)V























Tuesday, April 6, 2010

Tazkirah - 9 sebab hati tidak bahagia (^_____^)v


Assalamualaikum..

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang
bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atid. Di bawah ini adalah petikan yang diforwadkan 0leh maksu kepadaku.Dan ak ingin kongsikan kepada semua kerana ilmu Allah itu sgt luas
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di
dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana
ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat !! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer mase buat assignment banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling
tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.-Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan danrebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"

~~Tazkirah : Taati Ibubapa~~(>_<)

Assalamualaikum..

Sebenarnya post ak ini diambil drpd e-mail yg diberi oleh mak su ak..s0 k0rang hayati lar yerk..maybe ad di antara k0rang yg dh pernah dengar p0wn citer nie..tp ak post pown sekadar nk mengingatkn diri ak sendiri..

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia
dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika
salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut
dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada
keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah
kepada mereka perkataan yang mulia . Dan rendahkanlah dirimu terhadap
mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku,
kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku
waktu kecil."

(Al-Israa' : 23 - 24)

"Seorang berbangsa Arab datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam
lalu berkata: " Wahai Rasulullah apakah dia dosa besar?" Nabi
Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Mensyirikkan Allah." Dia (orang
Arab itu) berkata lagi: "Kemudian apa?", Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Kemudian menderhaka kedua ibu bapa ..." (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku...ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel? aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ?ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan? yang paling cepat marah..ibu
Bila takut? yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk? yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon? Ibu
Bila seronok? orang pertama aku nak beritahu?Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang selalu peluk dan cium aku.... Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Aku sudah ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? aku cari pasanganku
Bila sedih? aku cari Ibu
Bila berjaya? aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti? aku bawa pasanganku
Bila sibuk? aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu?
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ?.. aku ingat pasanganku
Selalu? Ibu ingat kat aku
Bila..bila? aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ?aku nak talipon Ibu
Selalu ?aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang
untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan
Tapi....
Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi..
bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan!
Hanya yang termampu Al-Fatihah..!



Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih
adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia,
Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud:

“Ada, iaitu berdoa, beristighfar untuk kedua-duanya, menyempurnakan
janji,
memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang
tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).