MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Monday, October 28, 2013

Hilang Gambar Kenangan

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal kehilangan segala gambar kenanganku berikutan kerosakan tahap teruk external hard disc ku..
Tak tau nak describe rasa hati...
Sedih ke, hancur luluh hati ke, gembira ke...
#kwn2 pun ckp ak ni muka xde perasaan...
erk...yeke...

Antara gambar2 yg hilang tu adalah gambar raya daripada tahun 2009 hingga 2013..
Klau umur panjang,tahun depan nk tangkap banyak2 ganti gambar yang hilang tu..

Gambar lain..
huhuhu~ #sedih nak cerita..
gambar2 aku pi holiday la...
Gambar kat Cameron, gambar pi Kuching, Bali, Bandung..
Nak tangkap semula gambar kat Cameron tu bole lagi la kot...
 Yang kat Kuching, Bali, Bandung tu...aissshh..

Nasiblah ad beberapa  gambar yang selamat, sebab simpan kat folder lappy ni...

Ni gambar kat Kuching..
Nasib baik ad upload kat FB..




Yang ni plak gambar Bali yg selamat








Gambar kat Bandung..





''Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan''
Subhanallah
Allahuakbar..

Thursday, October 24, 2013

Tips Kurangkan Sakit Leher

Salam..

Bagi sesiapa yang asyik belajar or bekerja menggunakan komputer pasti akan rasa sakit kat bahagian leher.
ak pun tak terkecuali..
So, boleh la try beberapa tips untuk kurangkan sakit leher ni..

  • Melakukan senaman leher. Menjaga pergerakan leher penting kerana ia membantu mencegah masalah jangka panjang. Senaman mudah dapat membantu menguatkan otot leher dan memperbaiki rangkaian pergerakan anda. 


  • Lakukan terapi haba
  • . Dalam tempoh 48 jam pertama selepas mengalami sakit leher, lakukan urutan ais selama lima lima hingga 10 minit di kawasan terjejas. 

Untuk sakit yang berlangsung 48 jam atau lebih, tuam di kawasan terjejas untuk membantu mengurangkan kesakitan dan melonggarkan otot.



  • Tidur dengan bantal dalam kedudukan lebih tinggi pada waktu malam bagi menyokong leher.
     



Lakukan senaman, termasuk senaman leher, jika anda duduk dalam satu kedudukan untuk jangka masa panjang di depan komputer hingga membebankan otot di bahu dan leher.

 
Sekian, terima kasih..

Friday, October 18, 2013

Dana Waqaf Pembelian Tanah Tapak Masjid Baru Pekan Pagoh

Salam.
Ditujukan kepada semua Muslimin dan Muslimat yang ingin membawa bekalan lebih menuju akhirat.
Di sini ada tawaran hebat di mana ada boleh memperoleh bekalan menuju akhirat dengan mewakafkan sedikit wang anda bagi Pembelian Tanah Tapak Masjid Baru Pekan Pagoh.

Segala urusuan wakaf boleh datang sendiri ke Majid Jamek Pekan Pagoh.
Di sana ada wakil AJK masjid yang menguruskan urusan dana waqaf ini.

Selain itu, anda juga boleh bank in ke akaun :
Masjid Jamek Pekan Pagoh
Maybank (551230000774)

Anda juga boleh menghubungi :
Tn. Hj Oyub bin Hj Jait (013-6917094)
Tn. Hj Ghazali bin Hj Jait (012-2549614)
Utz. Mohd Zaid bin A. Rahman (017-6385173)

"Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang telah beriman! Hendaklah mereka mendirikan sembahyang, menginfakkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terang sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan". (Ibrahim, 14: 31)


"Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terang serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang mulia)". (ar-Ra’d, 13:22)


Sebar-sebarkanlah...Moga dapat manfaat bersama..
In Sha Allah.

Monday, October 14, 2013

Abah dan Bantal Rekaan

Salam..
Hari ni hari wukuf..
So, banyak-banyak berdoa pada hari ni..
Semoga segala permintaan dimakbulkan.
Siapa yang berpuasa pun akan dapat kelebihan pada hari ni..

Berdasarkan tajuk entri, ak nk cerita pasal abah dan bantal rekaannya.
Actually abah buat masa pi kursus KH..menjahit adalah salah satu pengisiannya..kan dalam subjek KH ada jahit-jahit..
Before abah pi kursus, mama call ak cakap bilik ak kene selongkar dengan abah..erk pasaipa plak..rupa-rupa abah nk cari reben dengan manik-manik..mmg la takkan jumpa klau bukan tuannya yang cari...hahaha~

Dah ni ak nk tunjuk bantal yang abah jahit..

 

Ni la bantal yang abah buat...simple beno..abah ckp ckg2 lain yg pi kursus tu ramai perempuan...cantik-cantik depa buat..


 

Tengok ni warna-warni je..hihi2~

Dan ada satu modul ni plak, abah yang paling teror. Cikgu yang perempuan pulak terpinga-pinga..


Part ni la abah teror..haha2~
Kete2 ni ada kat rumah..
boleh la ak main..kuang3~

Ok..tu je nak cerita..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..


Sunday, October 13, 2013

Beza Muslim dan Mukmin Bangun Pagi

Anak: Ayah, kenapa saya tengok ayah hari Isnin sampai Jumaat ayah bangun awal pagi?

Ayah: Mestilah, ayah hendak solat subuh, kena bangun awal pagi.

Anak: Solat subuh?

Ayah: Ya, kenapa?

Anak: Tapi kenapa sabtu dan ahad selalu ayah bangun lewat, kadang-kadang nak dekat pukul 7 baru ayah bangun.

Ayah: Erkk sebab sabtu dan ahad ayah cuti, tak kerja.

Anak: Jadi, hari isnin sampai jumaat ayah bangun awal pagi sebab solat subuh atau sebab kerja?

Ayah: Erkkkkk, kerja, kerja itu pun ibadah. Hehe (senyum sumbing sambil tersipu-sipu)
Anak: Yelaaaa ayahkuuuuuuu.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA... 


Thursday, October 10, 2013

Antara Kenangan dan Pengalaman

Salam.
Selamat pagi semua.
Just nak share pengalaman menjadi guru KGSK.
Menjadi guru selama 2 bulan, banyak kenangan dan pengalaman yang dapat di sekolah tu.
Sebenarnya. sekolah tersebut adalah sekolahku antara tahun 1996-2001.
SK L.K.T.P Batu 27 Lenga, terletak dalam kawasan Felda Lenga.
Rata-rata yang bersekolah di sini ialah cucu peneroka (anak peneroka ramai dah bekerjaya), anak pegawai Felda, anak polis dan beberapa anak guru yang mengajar di sekolah ini.
 Ak juga boleh dikategorikan sebagai cucu peneroka.
Apa yang ak lihat, tak banyak perubahan dari segi struktur binaan kat sekolah ni.
Sama seperti berbelas tahun yang lepas, cuma ada tambahan bangunan baru yang terletaknya pejabat pentadbiran dan juga dewan.
Yang lain sama.
Dan cikgu yang mengajar pun empat orang masih setia kat sekolah ni sejak zaman persekolahanku.
Cikgu Ruzitah, Cikgu Zanariana, Cikgu Rohana dan Cikgu Kamarudin.
Malas nak cerita lagi, jom tgok gambar yang tak berapa nak banyak.







 Gambar lelaki kat atas tu Cikgu Syafiq Salam.
Cikgu J-QAF.
Sekarang dia kne posting di Sarawak.
Good Luck.

Experience is the best teacher.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, October 8, 2013

Bangun Lambat


aduiyai...
terbangun lewat plak ini hari....
Salah jam kah???

 

Cha dan Denggi

Salam...
Mlm td cousin dimasukkan ke hospital...Disyaki terkena denggi..
Okey...Ak antara orang yg paling hampir dengan dia sewaktu dia demam..Tido ngn dia...Mkn ngn dia..Harap2 dia xde pape la...

GET WELL SOON NUR HARITHAH QISTINA...

Monday, October 7, 2013

Soalan PMR Bocor...

Salam..
Selamat pagi..

Sila tengok tajuk entri.
Sapa2 cikgu-cikgu or mak pak boleh la baca kot...

Setiap kali nak exam tak kiralah UPSR, PMR, SPM atau STPM...
mesti kedengaran suara-suara berkata " sekolah tu dapat soalan bocor", "soalan pekse bocor, sebab tu bdk2 sekolah depa boleh jwb", macam-macam lagi la seangkatan dengan nya..

Yup, aku pun seringkali dengar benda-benda yg sama ni..
Surrounding  ak ramai je warga pendidik, pelajar sekolah, yg keje kat PPD.
 banyak info yang boleh dapat.

Actually, kes soalan bocor ni amatlah sukar terjadi, klau ada org yg betul2 amanah yang mentadbirkannya... takkanlah KPM senang2 je nak bocorkan soalan..
kalau macam tu lebih baik bagi soalan siap2, students datang dewan exam terus tulis jawapan, huhu2~

Sorry to say aku nak cakap..
Yg ak byk dgr soalan bocor ni, kebanyakkan daripada sekolah-sekolah yang gah namanya...tak mau nak mention nama mana-mana sekolah...
Mau kene saman nanti..
Sekolah-sekolah yang kat ceruk dunia,takde la plak aku dengar kes camni.
huhu3~

Andaian ak...Andaian saje ye...
Kebocoran berlaku di sekolah yg gah-gah ini sebab, mereka tak mau prestasi kecemerlangan sekolah mereka jatuh..
Seriously,  kalau betul andaian aku, baik jangan buat.
Adakah anda tidak yakin dengan pelajar anda atau anda tidak yakin dengan DIRI SENDIRI. !







p/s : apa-apa pun 'Selamat Berjaya Adik-adik'

Wednesday, October 2, 2013

Akhirnya Kita Berpisah Jua

Salam...
Just nk bgtau, sahabatku dikala susah, senang, suka, duka, selama hampir 8 tahun akhirnya pergi jua meninggalkanku.. Sedih sangat..Sebelum ni ada jugak sakit, tp lepas hantar ke klinik akhirnya sembuh..La ni hospital pun x tak mampu menyelamatkannya..
Selamat Tinggal Jam Tangan.. Akanku semadikanmu dalam kotak kenanganku...

P/s: ad sesapa nk sedekah jam tangan tak..

Tuesday, October 1, 2013

Suka Saya?

Salam..
Tak tau nk tulis apa...tak terlintas idea dalam kepala ni...
Cuma nak bagitau, erk camne ye...
Baru sehari kenal macam dah kenal lama...
Ditujukan kepada budak2 yg join ak ke Perlis hari tu...
Muka ak mmg jenis budak2 suka ea...
Ahahaha..