MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Friday, March 30, 2012

30 Mac Dalam Sejarah


Seperti yang tertulis dalam tajuk..
Hari nie nak tulis serba sedikit tentang sejarah yang berlaku pada 30 Mac


1.  30 Mac 1432 - Kelahiran "Si Penakluk"  Muhammad al-Fatih (الفاتح)

     Dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
      “ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”

2.  30 Mac 1842 -  Penggunaan ubat tidur pertama untuk pembedahan

     Doctor Crawford Long menggunakan anesthetic atau pun kaedah pelalian dalam bidang perubatan untuk melakukan pembedahan yang merubah asas bidang perubatan.Doctor Long merupakan graduan perubatan dari University of Pennsylvania pada tahun 1839 dan seorang pakar dalam bidang pembedahan dan farmasi.

3.  30 Mac 1977 -Memperingati Hari Tanah Air Palestin
    
    Land Day atau 'Hari Tanah Air' Palestin bermula pada 30 Mac 1977 apabila tentera zionis menyerang orang awam Palestin yang berdemonstrasi untuk membantah rampasan tanah secara berleluasa di Galilee, utara 'Israel' atau lebih tepat lagi wilayah Palestin yang dijajah sejak 1948. Pada hari tersebut, tentera zionis membunuh enam orang Palestin, mencederakan 96 orang dan menahan dan memenjarakan kira-kira 300 orang. Seluruh bangsa Palestin di dalam 'Israel', Tebing Barat, Gaza dan mereka yang berada di khemah-khemah pelarian di negara-negara Arab mengistiharkan hari tersebut sebagai Land Day atau Hari Tanah Air untuk mengingati kehilangan tanah rakyat Palestin yang masih berlaku untuk meluaskan lagi negara haram Israel.

4.  30 Mac 1989 - Hari kelahiran watak utama Filem Ketika Cinta Bertasbih, M.Kholidi       Asadil Alam

     M. Kholidi Asadil Alam lahir di Pasuruan, Jawa Timur, 30 Mac 1989. Setelah berjaya memainkan peranan sebagai Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih I dan II, Kholidi ingin meneruskan  cita-citanya untuk menambah ilmu berbisnes.
  
dan

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

30 Mac 1989
Hari Ulangtahun Kelahiran
Anak Kepada Pasangan Tn. Hj. Mohd. Nor bin Suparman dan Pn. Hjh. Halimah binti Mohamed
iaitu      
YAB #yg amat bertuah Cik Nurul Nadia binti Mohd. Nor.

Ucapan buat diri sendiri:
" Semoga menjadi hamba Allah yang taat akan perintahnya, Semoga menjadi anak yang solehah penyejuk hati ibu dan bapa dan Semoga menjadi rakan atau teman yang setia dikala susah senang sahabatnya" Aamin Ya Allah...


 

Friday, March 23, 2012

SANDSLOVA nak bagi hadiah untuk saya!!

Ehem...ehem...
Jom join kontest by SANDSLOVA...


hu..hu..
kena jawab soalan dari SANDSLOVA nie tau...

 1.  Saya minat fesyen tudung jenis ........... kerana .......... (1jenis fesyen sahaja!)

Jawapanku : Saya minat fesyen tudung jenis bawal kerana ia sentiasa menjadi kegemaran orang ramai walaupun terdapat pelbagai fesyen tudung terbaru yang muncul. Ia juga tak lapuk dek hujan dan tak lekang panas.



2. Tudung yang saya rasa saya suka dalam SANDSLOVA ialah ......., dan sebabnya.. (1jenis tudung sahaja)

Jawapanku : Tudung yang saya rasa suka dalam SANDSLOWA ialah Bawal Sulam Crown dan sebabnya kera ia kelihatan berkilau-kilau dan bersinar-sinar bagaikan permata yang disinari cahaya matahari..# cewaaah...

  3.  Komen / Pendapat saya mengenai SANDSLOVA

Jawapanku : Komen ~ Kurang pilihan bagi tudung tudung bawal. Pendapat ~ Banyakkan pilihan tudung bawal dari segi corak dan warna kerana sekarang ramai mula mencari-cari tudung bawal semula.


Wednesday, March 21, 2012

Memori Lama : Tukar-tukar hadiah


Tiba-tiba teringat memori lama tatkala Fida dan Meet membuat cadangan untk main tukar-tukar hadiah...Sapa kat sini pernah main, angkat tangan. #eh takyah la...

 Kejadian berlaku beberapa tahun yang lalu, masa form 3 tak salah. Kelas kami Tingkatan 3 RKA Azam mengadakan sat permainan tukar-tukar hadiah. Kononnya nanti dah habis sekolah boleh la buat kenangan. Betul tak?


Kami budak-budak perempuan balik hostel je, terus pikir yang beli hadiah apa.
 Yang penting hadiah yang elok-elok la.
Pening kot pikir pasal hadiah nie. Rasanya bajet kiteorang masa tu kurang daripada RM 20 kot.

Tiba hari yang ditetapkan, berkumpullah kami kat tempat parking basikal #klau tak salah.
Start laa permainan kami. Semua orang akan cabut satu nombor kot. Pastu dapat hadiah yang ada nombur yang sama kat hadiah tu. #lebih kurang macam tu la main nye

Nak dijadikan cerita, adalah beberapa orang rakan perempuanku yang dapat hadiah berupa kapur kasut, buku sifir yang koyak siap ada pasir dalam kotak, music box second or third hand. nasib baik xde sapa yang dapat katak..


Ciss, setelah kami buat csi, nie keje budak-budak lelaki. Cisdel betul.
Kami punyalah beli yang yang ikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan. Dierang best je guna barang secondhand yang tak payah keluar duit langsung.. Bengong..


Itulah pengalaman kami...



Nie la kawan-kawan aku. Sebahagian budak kelas 3 RKA Azam ada dalam gambar tu. Gambar dak lelaki xde. Merajuk tak nak letak...haha2~ #sebenarnya takde gambar dierang.

Monday, March 19, 2012

Cara-cara Menghilangkan Calar pada Jam Tangan


gambar ihsan Mr. Google

 Zaman sekarang ni, hampir semua orang ada jam tangan kan...??
Aku pon ada.
Aku ada 2 je jam tangan.
Satu, jam tangan yang aku sentiasa pakai since dari form 4. Abah yang belikan. Jarang aku buka jam tangan ni.
Yang kedua, jam tangan warna merah, mama dengan abahku bagi masa birthday aku.
Aku jarang guna jam nie. Guna waktu tertentu je..
Masa mama dengan abah bagi jam nie aku cakap kenapa belikan aku jam lagi sebab jam aku pon tak rosak lagi. 
Maybe dieorang pon jemu asyik tengok jam aku yang tak bertukar nie kot...haha2~
 ok..aku dah start merepek...straight to the point..

 Jam yang lama dipakai sudah tentu tidak akan lepas dari tercalar apabila bergeser dengan benda keras. 
Ini akan meninggalkan kesan halus yang dapat mencacatkan keanggunang, kecantikan serta keindahan #cewah# jam yang kita pakai. Jika sebulan satu calar kecil, lama-lama akan ada berpuluh-puluh calar pada jam kita.
 
Jika jam yang korang sayang  ada kesan calar yang banyak  jangan risau, korang boleh memulihkannya seperti baru bersinar-sinar dengan menggunaka ubat gigi. Calitkan sedikit ubat gigi pada jari korang dan gogok pada permukaan cermin yang bercalar itu.
 

Jika ada banyak, buatlah sekerap mungkin sehingga kesan calarnya hilang. Anda boleh cuba sekarang jika ada jam anda yang calar.
 Selamat mencuba.



 

Tuesday, March 13, 2012

Tragedi 11 Mac 2012- Lebuh AMJ Melaka=>Muar

Hye semua...
Lama tak update dah..
huhu2~
Straight to the point je la yer..
Actually aku nak cerita kejadian yang menimpa diriku serta dua org rakan...Ain and Kylla~

Semalam 11 Mac 2012, kami nama seperti yang disebut di atas telah mempergikan diri ke MELAKA.
Cer teka apa tujuan kami??
teet~~~
malas nak cerita tujuannya...
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

dpt nie kat Dataran Pahlawan Mall...
ok la tu...

Ain ngn Kylla dapat jumpa 2nd Ziana Zain...haha2~
untung laaa...

Eh..eh..Kami jumpa Izzah jugak...
Nak tengok...
tadaaa...
 Stop cerita kat Dataran Pahlawan Mall...
Nak cite pasal tragedi plak..

Al-kisahnya...
Pulanglah 3 orang anak dara,
Dari berjimba-jimba di Melaka,
Melalui Lebuh AMJ yang gelap gelita...
ahai....
Di traffic light terberhentinya kereta,
Masing-masing cuak tak terkata,
Habislah kita, matilah kita...
Nak dijadikan cerita,
Datanglah seorang perwira,
Membantu kami si anak dara,
Menolak kereta semputnya tak terkata... 
#merepek sudah...

Terpaksalah kami menuunggu enjin kereta sejuk..http://www.emocutez.com
Walaweh, dah la tempat seram giler..
Kami kumpul semua air mineral yang ada...
Nasib baik beli air mineral...Klau tak...mana nak dapat air dik ooi...
Dan aku mekanik tak bertauliah mengisilah air ke dalam tangki..
yess...yess...boleh hidup...

Maka memecutlah kami dengan kelajuan kura-kura bagi memastikan temperature tak naik..
dia main2 plak...sat naik, sat turun...
Ain punya keje boleh plak die pusing kat kubur Kristian...
Segala ayat Kylla dah keluarkan...
Dusshhh...
Klau mati lagi kereta kat depan kubur nie, sumpah aku tak nak keluar...
Aje gila la budak...

Lepas je kubur tu, kereta berasap lagi..
berhentilah kami...
tak mau aku mati kebakaran dalam kereta...
dah pukul 10 lebih malam...
aiyaaa...
hujan turun plak...
air dah xde...
nak isi dalam tangki...
Nak tunggu enjin sejuk lagi...
waaaa...
Terpaksalah aku yang baik nie serta Kylla menagih simpati...
Pi ketuk umah orang pi mintak air paip..http://www.emocutez.com 
"Cik, kami nak mintak air paip..kete rosak"
Adeihh...

Disaat nak isi air dalam tangki,
datang plak mamat yang tak diundang,
Memandai je curah air kat enjin,
Biar ar sejuk sendiri,
Kiteorg bleh tunggu la...
Kan dah tak hidup langsung..
Dah tu dengan baik hati nak tumpangkan kami..
"Jom la saya tumpangkan"
Erk...memandai je nak tumpangkan anak dara orang..
Nasib baik perwira kami datang tepat pada masanya..
huh2~
Good bye mamat yang tak diundang..huh~~

Al-kisah,
 Kereta memang tak boleh hidup lagi,
Terpaksalah kami menolak setengah mati,
Menumpang di garaj mak cik yang baik hati,
Budi mak cik yang baik di bawa mati..

Tumpanglah kami kereta si perwira,
Dapatlah  naik Toyota Estima,
Menumpanglah kami di rumah emaknya,
Rasa sudah mengantuknya..

Aiyaa..
Ku tak kemas lagi baju nak bawak balik Penang..adussshhh..
Hampir pukul satu malam, ayah serta ibu Ain sampai untuk mengambil kami...
wawawa2~
sungguh la dasyat tragedi kali ni..
huhu3~

p/s :  Ucapan terima kasih kepada Abang Shah (Perwira), Isterinya, Anaknya (tolong sama menolak kereta, Emak Abang Shah (tumpangkan rumah), Mak Cik (sumbangan air paip), Mamat (hadirmu tak diundang), Mak dan Ayah Ain (jemput kami), Kylla dan Ain (the tragic momentos with both of you)








Saturday, March 3, 2012

Selamat Hari Lahir Mama dan Cik Akak...


Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Kamu,
Allah Selamatkan Mama dan Cik Akak,
Allah Selamatkan Kamu.

Selamat hari lahir buat mama dan cik akak...
Semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang berpanjangan...
Semoga murah rezeki, ditingkatkan iman, berpanjangan amalan...

Buat mama semoga mendapat menantu yang soleh...  huhu2~

  


Ikhlas : Anakandamu,