MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Sunday, October 18, 2015

Diari Almarhum Atuk

Assalam.
Sedang kemas-kemas stor tiba-tiba aku ternampak satu buku. Buku tu dah koyak sebahagian Cik Ti dah gigit. Buka dalam ada tulisan jawi yang sangat cantik. Belek-belek rupanya almarhum Atok yang punya.
Ikut isi dalam tu, atok ceritakan pengalaman hidup dia. Ada juga dia selitkan doa-doa yang menjadi amalan. Tapi disebabkan dah lama jadi tulisan sukar untuk dibaca.
Aku dah cakap dengan nyai (baca:nenek) yang aku nak simpan diari tu. Sebagai kenangan. Maklumlah aku tak pernah jumpa beliau.
Al-Fatiha buat Atok Suparman bin Hj Abdul Manan.

Monday, October 12, 2015

Resepi Ikan Patin Tempoyak

Assalamualaikum
Last week kami satu family pergi ke Jerantut sebab abah dapat undangan kahwin kawan dia. Bermalam satu hari di Bandar Baru Jerantut. Malam tu anak murid abah masej ajak keluar makan. Menu makanan set yang diorder adalah nasi putih, tomyam, sayur campur, ikan siakap 3 rasa, pais ikan patin dan ikan patin claypot. Okey nampak sedap tapi aku nak bagi 2 bintang kasihan je. Sebab yang boleh masuk kat mulut tomyam, ikan siakap 3 rasa dan sayur campur sahaja. Makanan kebanggaan orang Pahang totally fail. Why? Sebab ikan patin claypot mentah lagi manakala ikan patin pais rempah tak cukup masak dan tak mesra dengan ikan. Sedih. Dah la teruja nak makan ikan patin last-last ermmm..
So, semalam try la buat sendiri. Sapa nak cuba resepi ni silakan ye..
BAHAN-BAHAN:
1. Ikan patin 2 kelar
2. Cili 7 biji
3. Kunyit 2 cm
4. Bawang putih 3 biji
5. Belacan
6. Asam keping
7. Tempoyak 2 sudu
CARA-CARA:
1. Kisarkan cili, kunyit, bawang putih dan belacan.
2. Masukkan dalam kuali, tunggu sehingga bahan masak.
3. Masukkan ikan.
4. Apabila ikan dah masak, masukkan tempoyak, asam keping dan perisakan dengan garam dan gula.
5. Kalau ada daun kunyit, mayang halus dan taburkan. Siap untuk dihidang.
Mudah je kan. Resepi ni paling mudah dan cepat yang pernah diguna.
Kalau masak sendiri takde la rempah dan ikan tak masak.

Sunday, October 11, 2015

Resepi Meatball Cheese

Hari tu ada share satu video resepi meatball cheese. Makanya membuak-buaklah keinginan untuk try resepi ni memandangkan semua bahan yang diperlukan ada kat dapur. Tapi tak la ikut satu persatu resepi tersebut. Ada la derhaka bahan sikit. Untuk sapa-sapa yang nak cuba boleh guna resepi di bawah. Resepi di bawah adalah resepi percubaan. Makanya buat dalam kuantiti yang sedikit.
BAHAN-BAHAN:
1. Daging kisar 200g
2. Serbuk roti 1/2 cawan
3. Bawang putih yang dicincang halus (boleh guna serbuk bawang putih)
4. Serbuk lada hitam
5. Garam
6. Daun parsley (tak letak)
7. Telur 1 biji
8. Mozarella cheese yang dipotong dadu
9. Sos pasta
Cara-cara
1. Campur semua bahan 1 hingga 7 kemudian gaul rata. Blackpepper dan garam tu pandai-pandai agak ye.
2. Ambil sedikit daging, kemudian isikan dengan mozarella yang didadu. Bulat-bulatkan daging tersebut.
3. Kemudian, masak bebola daging tersebut dalam sos pasta menggunakan slow cooker.
Siap untuk dihidang.
# Untuk 200g daging ni aku dapat 9 ketul bebola sebab bulat besar-besar. Makan 4 ketul dah kenyang.
# Ada sesetengah readymade sos pasta masam yang amat. Sila pandai-pandai adjust.
# Kalau ada lebihan bebola boleh simpan. Aku goreng separuh dulu.
Okey itu sahaja. Ringkas dan mudah.


Thursday, October 8, 2015

Telur Goreng Kampung

Hari ni nak cerita salah satu makan ringkas kegemaran aku.
Telur goreng kampung. Ni adalah resepi inovasi daripada nasi goreng kampung. Untuk yang diet karbohidrat boleh cuba.
Resepi telur goreng kampung.
BAHAN-BAHAN
1. Cili padi 7 biji
2. Bawang putih 1 biji
3. Bawang merah 1 biji
4. Ikan bilis
5. Telur 2 biji
6. Kobis 
CARA-CARA
1. Tumbuk segala cili, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis.
2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga masak.
3. Masukkan telur dan kacau rata.
4. Masukkan kobis.
Sedia untuk dimakan.

Nasi Ulam Campak

Nasi Ulam Campak

Hari ni masak lunch nasi ulam. Menu yang ringkas dan berkhasiat.
Untuk sesiap yang nak mencuba boleh try resepi ni.

BAHAN-BAHAN:
1. Nasi yang telah disejukkan
2. Isi ikan yang digoreng dan ditumbuk. (Apa sahaja jenis yang disukai. Aku guna ikan tenggiri)
3. Isi ikan kering yang digoreng dan ditumbuk. (Ni pun aku guna ikan kering tenggiri)
4. Kerisik
5. Serbuk lada hitam
6. Ulam-ulaman yang disukai.

CARA-CARA:
Campurkan segala bahan-bahan di atas sehinggal rata dan sebati. Untuk yang suka masam boleh perahkan sedikit limau kasturi.
Siap untuk dihidang.