MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH
Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Pelajar Minta Dibawa Keluar Dari Bumi Mesir..

Assalamualaikum..
Masih berbicara mengenai krisis di Mesir..

Seramai 11,319 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir mahu kerajaan segera membawa mereka keluar dari negara itu ekoran suasana tidak selamat akibat demonstrasi besar-besaran sejak Selasa lepas.
Difahamkan, keadaan huru-hara hampir semua tempat berlaku ekoran rusuhan melibatkan pertempuran rakyat negara itu dengan pihak polis dan tentera.
Selain rusuhan, jenayah rompakan turut berlaku ekoran hampir keseluruhan kemudahan negara itu kini lumpuh dan mengakibatkan krisis tempat tinggal dan makanan.

Gambar, Kosmo
Di Mansurah, mereka mendakwa akan berlaku rusuhan besar jam 11 pagi Mesir iaitu jam 5 petang di Malaysia dan kawasan itu kini telah diisytihar 'kod oren'.
Balai polis di sana pula difahamkan telah dikuasai orang jahat yang telah merampas dan senjata dan pakaian polis dan sekarang menyamar sebagai anggota polis.
Namun mengikut maklumat mereka, tiada sebarang insiden membabitkan pelajar Malaysia di Mansurah, namun seorang pelajar Indonesia didakwa telah ditembak.
Di Tanta pula, penduduk dikenakan catuan bekalan air dan elektrik.
Turut difahamkan, seorang pelajar Malaysia terkena tembakan di kaki akibat peluru sesat, namun tiada sebarang pengesahan dari pihak berkuasa Malaysia setakat ini.
Berbeza di Kaherah, suasana kini dilaporkan semakin pulih selepas pihak tentera mengambil alih.
Lapangan terbang juga kini dilaporkan mula dibuka selepas dikatakan ditutup semalam namun berdepan beberapa masalah lain.
Suasana sama turut berlaku di Alexandria di mana keadaan semakin dan bertambah baik untuk pelajar Malaysia.Namun mereka kini berdepan kenaikan harga barang, ekoran banyak kedai ditutup.
Menangani krisis ini, Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Mesir bekerjasama rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) untuk mengaktifkan pasukan teras bagi menangani sebarang kemungkinan risiko keselamatan, dan sebuah bilik operasi krisis dibuka sejak Rabu lepas di kedutaan.
JPM Mesir akan menyediakan nasihat keselamatan yang bersesuaian dengan situasi dan masa untuk dimaklumkan kepada mahasiswa serta pegawai Hal Ehwal Pelajar negeri-negeri.
 ( Sumber : Harakah Daily)
~~..Allahumma 'ajjil bil qiyam ad daulatil Khilafah..Allahuakbar !!! ~~





Monday, January 31, 2011

Pelajar Malaysia di Mesir..Semoga Dalam Lindungan Allah Hendaknya..

Assalamualaikum..

Mesti rakan-rakan semua sudah mengetahui mengenai krisis yang melanda Mesir bukan..
Saya sangatlah risau mengenai keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di sana..
Harap-harap mereka semua dalam lindungan Allah hendaknya..

Saya mendapat makluman bahawa alat komunikasi tidak dapat berfungsi sepenuhnya..
Patutlah rakan-rakan saya di Alexandria, Al-Azhar dan Zagazig tidak online facebook mereka..

Berita terkini di blog Krisis Mesir, Nasib pelajar kita pula mengatakan bahawa penduduk tempatan memberi amaran jika Presiden Hosni Mubarak tidak meletakkan jawatan dalam tempoh 4 hari, mereka akan melancarkan peperangan. Orang asing terutama pelajar Malaysia dinasihatkan untuk meninggalkan Mesir dalam waktu tersebut..

Selain itu, berita dari laman sesawang Medic Mesir pula melaporkan bahawa semua penerbangan EgyptAir ke Middle East dan Asia termasuk Malaysia telah dibatalkan hari ini hingga kesatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.


Rakyat Mesir bersama-sama menunaikan solat hajat untuk kesejahteraan negara mereka.
Semua pelajar di Mesir juga telah dinasihatkan untuk tinggal secara berkumpulan di rumah-rumah tertentu atau lokasi yang telah ditetapkan.
1. Alexandria - Imarah MARA
2. Mansoura - Imarah Yayasan Terengganu
3. Kaherah - Rumah-rumah negeri atau ARMA)
4. Tanta - Imarah Medic Mesir






Untuk berita lanjut : Ibu bapa dan pelajar boleh mendapat maklumat lanjut tentang keadaan di Egypt, dengan menghubungi Wisma Putra di Malaysia   
03-88892746 atau 03-88874570. Untuk menghubungi Bilik Gerakan Kedutaan Malaysia di Mesir, boleh hubungi nombor berikut: +20237610013 atau +20237610164 Ext 116.


Anda juga boleh mendapatkan update terkini melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita serta blog Medic Mesir.


Selain itu untuk bacaan tambahan mengenai krisis di Mesir, anda bole membaca beberapa laman sesawang berikut :


1. Facebook Pages - Selamatkan Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir
2. Obefiend - Revolusi Piramid Bukan MLM di Mesir
3. What's Happening In Egypt



Allahumma 'ajjil bil qiyam ad daulatil Khilafah..
Allahuakbar !!!

P/S : Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan rakan-rakan kita..







My Ping in TotalPing.com