MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH
Showing posts with label mEnJaLaN-jAlAn... Show all posts
Showing posts with label mEnJaLaN-jAlAn... Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Vietnam Part 2 ~ Edisi Gambar sahaja


Assalamualaikum
Entry ini adalah sambungan kepada entry Vietnam Part 1

Pada hari kedua jalan2 di Vietnam kami pergi ke Mekong. Ambil pakej Muslim. Senang, takyah susah-susah fikir mana nak cari makanan halal.
Seawal pukul 7.00 pagi waktu Vietnam kami dah terpacak depan hotel. Sebelum tu pi breakfast dulu.

Perjalanan dari hotel ke Mekong ni agak lama jugak bagi aku. sempat tido. 





Dah sampai jeti ni, maka naiklah bot dan berpusing-pusinglah di pulau-pulau sekitar Mekong ni.

Pulau pertama yang kawi lawati adalah pulau kelapa.. kot ~









Tata.. Kami nak balik..

Total kos ke Vietnam ni RM 1300..
yang mana pada aku agak mahal.. ni gara2 tiket last minit..kalau tak dapat lagi murah..

Apa-apa pun,
Pengalaman ini tak akan dilupakan..  :)

Wednesday, March 25, 2015

Vietnam Kami Datang ! Part 1


Assalamualaikum.

Ini adalah post yang tergendala selama 2 bulan..Plan ke Vietnam yang dirancang last minit..Tau-tau je la kan.. beli tiket last minit mahalnya macam mana..Ini adalah idea my cousin..Mula2 dia cadang nak pergi ke Myanmar, tp kerana urusan visa maka kami tukar hala tujuan ke Ho Chi Minh dengan harga tiket flight AirAsia RM421 return..

Kejadian 1

Sehari sebelum ke Ho Chi Minh cousinku hantar whatsapp yg mengatakan dia salah beli tiket balik.. What ?? Kami sepatutnya pergi 2 Februari hingga 5 Februari 2015, tp dak Ipah ni terbeli tiket balik 5 Mac 2015..Sebulan kau kat sana..haha.. But aku chill je,sebab boleh je kan tukar tarikh kat manage booking tu.. Semua telah disetelkan olehnya.. Makasih ye Pah !

Biasala  kan..org naik fligt mesti nak bagi gambar awan2..haha

Sampai-sampai je airport kat Ho Chi Minh tu (tak igt nama airport, malas Google), kami terus je mencari teksi untuk bawa kami ke hotel..

Tipsnya : Keluar je pintu airport belok ke kanan. Signnya nampak Burger King. Cari teksi Vinasun. Harga waktu tu kami dapat VD 210000.

Maka berhimpitlah kami naik teksi seramai 6 orang. Takde la berhimpit sangat. Teksi tu besar. Owh lupa nak cakapkami pergi berenam sebab Ipah bawa adik dia merangkap cousinku jugak.Yana namanya. Then Ipah bawa kawan tempat kerja dia 3 orang.

Nama hotel kiteorang An Tam Hotel. Lokasi yang sangat strategik sangat dekat dengan Pasar Ben Thanh. Hotel harga RM 360 untuk 3 malam. Share 2 orang dengan Yana maka seorang RM 180. Dapat free minibar dan hotel agak selesa..


Air setiap hari refill.. tu yang best.. 

An Tam Hotel.. terbalik la pulak

Sampai pun dah petang, maka aktiviti pertama hari itu adalah mensurvey Night Market. Tak jauh pun, jalan kaki pun boleh.

Kopi ni sedap.. Hari-hari minum. Sampai Bro ni dah kenal kiteorang.

Aktiviti malam..Ada macam-macam..Malam depa penuh aktiviti yang bermanfaat.




Tips : Untuk sesiapa yang nak shopping kat Night Market hati kene kental woo. Kalau taknak beli barang takyah tanya harga, nanti penjual kat sana paksa-paksa beli. Kalau kene marah, buat muka dunno dan blah saja.

Perut pun dah berkeroncong makanya mencari makanan la kami. Bab makan, takyah nak bimbang sangat ada banyak kedai makan Muslim area situ. Untuk hari first ni, kami try Hjh Basiroh..

Ni mee Pho.. kene try sebab ini makanan identiti Vietnam

Ulam-ulaman. Yang aku kenal lime dan basil je. Satu lagi tak dapat dikenalpasti
Harga makan untuk malam je dah berharga VD109000..Phewwww 

Tips: Sila sediakan duit secukupnya kerana makanan halal amatlah mahal harganya..(bagi saya yang student ni).

Habis makan terus balik hotel, tapi mata still menjeling-jeling kedai kain yang banyak kat tepi2 tu.. Lepas sampai hotel terus ke front desk untuk tanya pakej ke Mekong..Semuanya disetelkan oleh Kak Izan. Kami ambil pakej Bismillah Tours Travel VD 470000 siap makan untuk lunch.





Bersambung next part..

Friday, October 31, 2014

Tolong Fahamkan Aku

Assalamualaikum.

Semalam aku ada jalan-jalan ke SOGO and area TAR, Masjid India.
Takde la shopping apa pun,sekadar cuci mata walaupun kat SOGO tu ada sale. Harganya tak sesuai untuk aku yang status PHD (Poket Habis Duit) ni.

Apa yang aku nak cerita ni berkaitan dengan orang yang minta derma untuk anak-anak yatim kat TAR.
Depa jual CD, sebab duit tu nak gunakan untuk sumbangan kat anak-anak yatim. Harga CD tu RM 10. OKEY !
So, aku cakaplah kak akak tu, aku taknak CD tu, just nak bagi sumbangan seikhlas hati je. Akak tu kata takpe bg dia RM 10 tu, nnt CD tu dia bagi kat orang lain, Masalahnya aku nak bagi 5, 6 ringgit sebab tu je yang ada kat poket waktu tu. Akak tu taknak. Dia cakap dia bukan minta derma.
Yang aku tak faham, kenapa dia tak nak 5, 6 ringgit aku tu. Akukan taknak ambil CD tu. Ambil je la duit aku tu, sebagai sumbangan kat anak yatim. Apa masalahnya.
Aku tak faham ni.
Kan untuk anak yatim, bukan dia yang minta derma kat aku, tapi aku yang nak bagi. Aku tak faham kenapa taknak.
Tolong Fahamkan Aku !!!


Sunday, August 31, 2014

Melawat Kawasan

Semalam aku sefamily pergi meronda satu Johor. Sampailah kami ke Tg. Pengelih sempadan dengan Singapore tu. Jauh rupanya. Yang bestnya tempat tersebut tak ada apa yang best. Tempat makan pun susah nak cari. Orang kata sana popular dengan seafood tp siang-siang hari tak buka. Lagipun banyak orang Cina yang menguasai perniagaan restoran seafood di sana. Hampa tak dapat makan seafood. Kita tengok laut je la..

Sunday, November 10, 2013

Cuti-cuti Saya Part 3 (Cara ke USS, Singapore)

Assalamualaikum..

Post kali ni aku nak cerita cara-cara nak ke USS, Singapore.
Boleh guna jalan darat atau udara. Lalu jalan air aku tak sure pulak.

Kalau guna travel agent senang la kot sebab semua diuruskan..
Tapi untuk kami yang main terjah-terjah ni, ni la cara yang kami.

Aku bagi direction dari Terminal Bas Larkin.

1. Naik SBS Transit No 170 (MRT Kranji)  menuju  ke Stesen MRT Kranji Singapore dengan tambang RM 1.90. Klau nak bas ekspress RM 5.00 tak silap
2. Bas start operasi pukul 6.00 pagi.
3. Bas akan berhenti di Imigresen Malaysia (CIQ) dan Imigresen Singapore (Woodlands) bagi tujuan cop dan pengesahan passport. Apabila selesai urusan passport, pastikan naik bas yang sama atau sekiranya terlepas bas tadi boleh naik bas lain dengan nombor bas yang sama untuk ke MRT Kranji stesen. Tiket jangan di buang kerana akan diperiksa semula ketika naik bas selepas urusan imigresen.
#tiket comel lote..simpan baik-baik

Ni map MRT. Kalau korang nak map laluan MRT boleh je mintak kat customer service 


  1. Sampai sahaja di MRT NS7 Kranji line merah beli tiket ke CC29 Harbour Front line purple satu kali perjalanan SGD2.30

Tiket ni boleh guna 6 kali

2. MRT ini bukan direct ke Harbour Front

3. So, dari MRT Kranji perlu turun di Jurong East dan naik train ke Outram Park line hijau

4. Sampai Outram Park, turun dan tukar train ke Harbour Front line purple #boleh je ambil laluan lain.ikut korang la, janji sampai kan

5. Apabila sampai sahaja di Harbour Front stesen ikut signage ke VivoCity/Sentosa Expres (Monorail) . Nak ke Sentosa Island yang ada  USS tu perlu naik monorail.  Tiket monorail dari Sentosa Station ke Sentosa Island SGD 4.00

 Tiket ni boleh guna sekali je..

6. Naik monorail then stop di Waterfront Station.

"WELCOME TO UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE"





Ok. tu je..
tata..

Cuti-cuti Saya Part 2 (Muar => JB)

Assalamualaikum.
Dalam entry lepas kite nak cite projek gile yang kite buat ngn cousins kan..kan..kan..?
Awat laa kite..kite plak..
#change
Pada aku takde la gila sangat..
Petang Sabtu decide nak pi USS, Singapore.
Then malam bertolak ke Johor sebelum keesokan paginya ke Singapore.
Asal ada sedikit duit dan passport, itu semua bisa terjadi. huhu~
Tiket ke JB and urusan tukar duit semua YANA yang uruskan...
tengkiu...tengkiu..



Maka Sabtu, pukul 8.00 malam berpergianlah kami ke JB (Stesen Bas Larkin)..
Sampai Larkin, tiadalah arah tujuan..Telefon Fida tanya hotel dekat-dekat stesen bas ni.
Dia tak tau la pulak. Tp dia cakap "Surau aku tau la,kat atas". Baik punya cadangan.
  Tp kami 3 bersepupu ambil keputusan untuk cari hotel bajet.
Jadi adalah seorang abang kat stesen bas tu cadangkan Ghazrin Budget Hotel


Actually ada je lagi murah. Tp sebab kami nak aircond and attached bathroom so harganya RM 70. Klau guna kipas je RM 30. Single bed RM 25. Nak pi Ghazrin Budget Hotel ni naik kereta yang disediakan..FREE..
tp dari Hotel Budget ni ke Terminal Bas kena bayar RM 5.

Esok paginya Ahad, sebelum pukul 7.00 pagi dah checkout then trus pi Terminal Bas Larkin..
Let's start journey to Singapore pula.

Next Post ye I cerita..

Friday, November 8, 2013

Cuti-cuti Saya, Part 1 (Melaka)

Assalamualaikum.
Nak cerita pasal cuti-cutiku sewaktu cuti...
Setelah diberikan cuti selama seminggu, walaupun telah berbekalkan kudap-kudapan berupa projek-projek under construction...Cuti tetap cuti...
Lupakan ia seketika..

Jom baca dan lihat perjalanan cuti-cutiku..#berapa banyak cuti daa

Hari first cuti buat site visit katanya..
Bandar Hilir our location...

Tadaaaa..


Yang kat atas ni Muzium UMNO. Sapa2 yang nak tau sejarah pasai UMNO bole buat kunjungan ke sini...



 Yang ni pula Muzium Rakyat..




 Radio zaman mbien..


Ini bukan Taming Sari..

Habis air sebotol duk ronda-ronda sekitar sini jerk...
 Pas abis ronda-ronda pi cari Coconut Shake plak kat Klebang...
Fuhhhhh... Nikmat...


Done cerita hari Jumaat..

Hari Sabtu ada cerita lain..


Projek apa?
Next entry la ye..

Monday, October 28, 2013

Hilang Gambar Kenangan

Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal kehilangan segala gambar kenanganku berikutan kerosakan tahap teruk external hard disc ku..
Tak tau nak describe rasa hati...
Sedih ke, hancur luluh hati ke, gembira ke...
#kwn2 pun ckp ak ni muka xde perasaan...
erk...yeke...

Antara gambar2 yg hilang tu adalah gambar raya daripada tahun 2009 hingga 2013..
Klau umur panjang,tahun depan nk tangkap banyak2 ganti gambar yang hilang tu..

Gambar lain..
huhuhu~ #sedih nak cerita..
gambar2 aku pi holiday la...
Gambar kat Cameron, gambar pi Kuching, Bali, Bandung..
Nak tangkap semula gambar kat Cameron tu bole lagi la kot...
 Yang kat Kuching, Bali, Bandung tu...aissshh..

Nasiblah ad beberapa  gambar yang selamat, sebab simpan kat folder lappy ni...

Ni gambar kat Kuching..
Nasib baik ad upload kat FB..




Yang ni plak gambar Bali yg selamat








Gambar kat Bandung..





''Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan''
Subhanallah
Allahuakbar..
My Ping in TotalPing.com