MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul SAW

Salam Maulidur Rasul SAW..



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571.

Selawat ke atas Rasulullah SAW..
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa malaikat Jibrail a.s. , Mikail a.s. ,Israfil a.s. ,dan Izrail a.s. telah:

Berkata Jibrail a.s.
‘Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat keatasmu tiap-tiap hari sebanyak 10x, maka akan aku bimbing tangannya dan aku akan bawa dia melintasi titian Siratul Mustaqim’.

Berkata pula Mikail a.s.
‘Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu’

Berkata pula Israfil a.s.
‘Mereka yang berselawat ke atasmu akan aku sujud kepada Allah SWT. Dan aku tidak mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu.

Berkata pula Izrail a.s.
‘Bagi mereka yang berselawat ke atasmu akan ku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi.


Nie nak share lagu kegemaran masa sek0lah dulu..
time sambutan Maulidur Rasul lagu nilah yang menjadi pilihan..

Dia Kekasih Allah


Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz




Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd
Lirik : Ito Lara
Gurindam Entertainment




2 comments:

Miszeifa Salahuddin said...

smoga kita dpt mempelajari sirah nabawiyyah dn menghidupkan sunnah rasullah dlm kehidupan seharian kita

Unknown said...

yup..sama2 la kita menghayatinya..=)

My Ping in TotalPing.com