MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Sunday, December 30, 2012

Bali Ohsem..!!!

Tengok gambar je la yer...
Oleh sebab ada problem dengan memory card..
Ini antara yang dapat diselamatkan..
huhu2~







 
 
          








P/S : Bila zamannya la nak dpt gambar2 yang lain dr budak tepi 2 org tu... dah nak bertukar tahun kot...

Bila Hati Bicara

Aku masih disini
Di dalam cinta yang tak ingin ku kotori
Bila rasa ini tak jua hilang pergi
Biarlah ku sendiri berteman sepi
Biarlah mulut terkunci mati
Biarlah hati berbicara sendiri
Biarlah rasa ini hanya sebatas mimpi


Wednesday, December 12, 2012

Selamat Pengantin Baru


Hye korang..
Dah lama beno tak update kat sini..

Malaih nak membebel..
Kita terus ke point utama..
Bulan doblas ni mesti ramai yang kawin kan, kan, kan??
Termasuklah my bro cousin Abang AP.
Best Wishes from Hjh Karseh Family
''May Allah Bless Both of You Untill Jannah''
Aamin..







Big Congratulation to :
Khairul Nor Affandy & Nur Khairunnis..





Tuesday, November 6, 2012

Esok Tarikh Keramat??


Esok Tarikh Keramat??
Yup, esok tarikh keramat bagi kami...
Tapi...tapi...
Really, aku tak ingat langsung..
 Aku salah tengok kalender..
Macam tak sempat nak buat persiapan..
Nasib baik benda yang paling penting dah sediakan awal..
Guna jer la kot barang-barang yang sedia ada..
Petang ni, gi bandar jap cari barang tambahan..
I'am really really sorry yaar...
Kita Jumpa Esok..
Wink3~

Saturday, November 3, 2012

Bahasa Negatif Budak Sekarang


Terpanggil hari ni untuk membuat entry berkaitan bahasa budak-budak zaman sekarang.
Almaklumlah, 5 hari dalam seminggu aku dikelilingi oleh budak-budak sekolah seawal usia 5 tahun hinggalah 12 tahun.

Oleh sebab aku ni Social Sciences's Student, observation terhadap tingkahlaku masyarakat adalah perkara penting dalam bidang kami. So, dari situ kami boleh membuat analisis serta kesimpulan terhadap masalah yang berlaku dalam masyarakat.

Daripada pemerhatian yang dibuat, perkataan yang paling kerap disebut oleh budak-budak ni adalah perkataan BODOH, diikuti pula oleh perkataan BANGANG, SIAL dan sebagainya.#tak mampu nak senaraikan semua#. Dan ada satu binatang yang paling popular yang agak kerap juga digunakan oleh mereka iaitu BABI. Takde binatang lain agaknya nak disebut, kucing ke, arnab ke, beruang ke. Ini adalah pemerhatian aku selama 20 minit pada waktu rehat. 

Okey, itu  cerita percakapan budak2 yang kat sekolah. Yang adik sedara aku pun dah mula cakap perkataan yang dinyatakan di atas. Aku akanlah duk membebel sakan kalau depa keluarkan perkataan tu. Lantaklah kalau mak pak die duk dengar aku membebel kat anak-anak die. Kita ni nak ajar budak biar dari kecik. Kan ada pepatah Melayu mengatakan 'melentur buluh biar dari rebungnya, kalau sudah menjadi buluh dilentur payah, dikepah patah' #ceewahhh#

Actually, aku ada pengalaman buruk lagi memalukan dengan perkataan negatif ni.
Kejadian ni berlaku masa aku sekolah rendah. Masa tu darjah 4 atau 5 kot. Takpun darjah 6.
Masa tu, petang-petang selalu aku akan keluar rumah bermain dengan kawan-kawan. Selalunya, kiteorang akan main roundas, baling tin, basikal dan lain-lain.
Al-kisah, petang hari kejadian, kami bermain lumba basikal. Zuuuppp zaaappp zuuuppp zapppp bawak basikal dan yeay aku menang. Tapi kawan aku tu taklah berpuas hati, dan berlakulah sedikit pergaduhan. Gaduh mulut je takde laa sampai bertumbuk. Gaduh punya gaduh tetiba terkeluarlah perkataan BODOH dari mulut aku. Dari mana ntah bapak aku muncul, maka dia terdengarlah perkataan yang disebut. Balik rumah je, baru nak jejak kat halaman rumah, bapak aku patahkan batang sayur pucuk manis kat depan rumah dan kemuncaknya....
Zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaappppppp.....#gitulah bunyinya
Bertemulah batang pucuk manis itu dengan badanku, di halaman rumah dan di depan khalayak ramai. Perrrrrggghhh... Berbirat..
TERIMA KASIH ABAH..

Dan kesimpulan daripada cerita aku, sampai sekarang kalau nak cakap benda-benda negatif ni macam tak terkeluar dari mulut. Kalau aku dah tahap marah sangat akan terkeluarlah perkataan sengal dan bengong. Itu je.
Kesimpulan lain, mak pak ni kalau dengar anak-anak cakap BODOH ke, SIAL ke, apa2 je la yang tak elok didengar dek pendengaran, buat je macam abahku, gerenti sampai mati dia akan ingat kesannya.

Tu je nak membebel tanpa gambar.
Ingatlah:
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"




Wednesday, October 24, 2012

Tak Tahu Mengira atau Malas Mengira


Kembali lagi untuk membebel..
Tajuk entriku kali ni pasal kira mengira..
Ni bukannya nak kira addmath yg penuh dengan cacing2 (simbol2 math)..

Sejak telah diisytiharkan sebagai penganggur terhormat, so ak dengan rajinnya menolong mummyku berniaga kat kantin sekolah..
Actually tu kantin sekolah rendah aku masa kecik2 dulu..


 ni la sekolahku dulu

Kembali kepada tajuk entryku..
Tatkala loceng rehat berbunyi, mulalah budak2 ni menyerbu nak beli makanan..
aku ditugaskan jaga kaunter kuih-muih dan air..
Mulalah aku melayan kerenah budak2 budak ni..

#SITUASI TAK TAHU MENGIRA ATAU MALAS MENGIRA 1#

Budak : Kak, kuih ni satu berapa?
Kakak Comel : Sekeping 30 sen.
Budak : Kalau 2 berapa?
Kakak Comel : 2 keping 60 sen.
Budak : 3 keping berapa?
Kakak Makin Hilang Comel : 3 keping 90 sen la..ishh..

Persoalan : Budak ni malas mengira atau betul-betul tak tau kira.

#SITUASI TAK TAHU MENGIRA ATAU MALAS MENGIRA 2#

Budak : Kak, kuih ni satu berapa?
Kakak Comel : Sekeping 30 sen.
Budak : Nah. (Menghulurkan semua duit syiling kat tangan)
Kakak Comel : Eh, 30 sen je la..(sambil pegang tangan budak, takut lari tak ambil duit baki)

Persoalan : Budak ni malas mengira atau betul-betul tak tau kira.

Ekceli duit ni benda yang basic sangat.
Budak2 start dari Tahun 1 kalau tak tahu duit tang puluh2 ringgit, paling koman tahu dari nilai    10 sen sampai RM 1 pun dah kira okey kot.

Kadang2 naik fed up jugak kalau asyik ditanya soalan yang sama oleh budak yang sama. Sekeping berapa?, dua keping berapa?, 3 keping berapa?
Kalau aku la..Dah 3,4 kali tanya lepas tu dah boleh ingat dah..
ay0ooo...

Dah tu je nak membebel. Aku harap sangat adik2 ni belajar la mengira.
Untuk kebaikan diri depa jugak. Nanti tak de la mudah kena tipu bab2 duit ni.

Friday, October 12, 2012

Semakan online calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST.

Salam Jumaat...

Hari ni 12 Oktober 2012...
So, maknanya hari ni adalah tarikh bagi semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST.
Bagi sapa2 yang telah membuat permohonan online bagi permohonan program DPLI- JQAF ambilan Januari 2013 anda boleh membuat semakan online di sini .



Korang buh la no. i/c korang...jgn buh i/c org lain...smpai mati la tak jumpa...
pastu masukkan no. pin yg korang beli kat BSN..
tu je..
Bagi yang berjaya..
Selamat Menduduki Peperiksaan..
 Korang study la apa2 yg patut yer..

 p/s : macam best je jd cikgu.. "SELAMAT PAGI CIKGU", KATA EHSAN
  

Thursday, October 11, 2012

Mama penyelamatku...

Assalamualaikum...

Dah agak lama tak mencoret-coret di sini...
Nak cerita pasal semalam...
Ekceli semalam aku kne marah kaw2 ngn abah...
Malas nak cerita atas sebab apa...

Aku ni biasalah, lepas kene mrh habis semua barang ak lempar kat lantai...
Aku tumbuk and tendang dinding tanda memberontak la tu..
Ni la antara perangai buruk aku dr kecil...susah nak diubah...
Ye la kan...Kadang2 ak rasa ak ni kat memberontak..
apa2 yg ak nak mesti ak nk dapat...kalau tak dapat mesti nak merajuk..

Ak sentiasa berdoa moga perangai aku ni boleh berubah...
tp ak rasa SETAN selalu menang...

Kepada Abah: Diya mintak maaf sangat2..
Kepada Mama: Terima Kasih tolong selamatkan Diya dr terus kene marah abah...

p/s : Oleh sebab perangai buruk aku ni lah, aku rasa ak akan kawin lambat...Coz perlulah ak buang perangai buruk ni dulu...Ada kang kalau tak buang laki ak cari bini lain...

Thursday, September 27, 2012

Yes...I did it... Alhamdulillah



Thanks lot to my beloved mom and dad, families member, lecturers, teachers, and friends who give me supported until I got my degree.
Thanks Allah for this grace. Alhamdulillah


 

Wednesday, September 19, 2012

Membaca wahana ilmu

Assalamualaikum...



Meneruskan hari2 terakhir sebelum konvo dengan membaca ini novel... 
Satu dah abis baca dah, padahal baru beli td...huhu2~ 
Hari ni duk jln2 pi BJ and KOMTAR...maka habislah jugak duitku ratusan ringgit...
mengalir mcm ayaq...

Monday, September 17, 2012

Kembali Ke Penang

Kembali ke Penang Pearl Island dengan misi menamatkan sesi sekolah orang dewasa peringkat pertama..huhu~ 
La ni terpaksa merempat kat bilik KATABAM a.k.a Fiza Tukiran...
Thanks Fiza, jasamu dikenang...



p/s: ada sesapa nk bg coklat tak..

Monday, August 27, 2012

Pavlova Pertamaku

Salam...
Sejak duduk kat rumah ni asyik nak masak je...
Setelah memerhati bahan-bahan yang ada, maka terhasillah my first pavlova...
my first attempt ye...
so, banyak kekurangan...
lagipun, masa meringue pavlova ni sedang dibakar, ak tinggalkan coz nak pi ambil tempahan sate untuk 'Baraan' orang Jawa cakap....jgn silap sebut..
Me dah kne gelak ngn nenek sebab salah sebut...
tu la rugi, cucu Jawa tapi tak tau cakap..
Ok, me dah meraban..
Maka dengan ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ni dia hasilnya..
nnt nk cuba lagi sampai elok..
Chayok DIYA...
 
 

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan 5 : Dapat Jugak Akhirnya


Yeah...Finally bertemu jugak dengan TAUFUFAH...
Setelah dari puasa first cari tak jumpa-jumpa..
huhu~
Hilang kempunan...
Ingat kalau tak jumpa nak buat...
bahan-bahan semua da ready..
tp lain kali la buat...

Gambar Ihsan Mr. Google       
 Actually, aku ni xleh mkn menda2 dari soya ni banyak2...
tp bulan puasa ni, ak bantai je...
Jangan masuk sepital lg sudah..

 

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan 4 : Yang Segar-segar...


Sapa tau apa makanan yang segar yang boleh dimakan waktu berbuka...
Atokku maulah...
Dan, dia pun minta tapai...
Puas dah mencari...
Tak jumpa-jumpa plak bulan puasa nie...
Nampaknya kene cuba cari lagi la jwabnya...
Nak buat memang laaaa ak tak tau...


Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan,3 : Berat Kiri Dari Kanan


Apa yang berat kiri dari kanan??
Ni bukan berat timbangan pahala dosa...
Actually, ni entry kali ni berkaitan dengan saf jemaah wanita kat my kampung...
Setelah beberapa hari kuperhatikan, saf jemaah wanita berat kekiri...
Aku pun membuat kesimpulan bahawa kipas di bahagian kiri lebih laju dari kanan...
Tu sebab depa gerak ke kiri kot...
Aku yang duk kanan pn terpaksa gerak ke kiri, takkan nak biar saf yang kat tengah-tengah kosong plak kan...

Ni ada dalil berkenaan solat jemaah yang mengutamakan kanan dari kiri..

“Artinya : Dari Ibnu Abbas, ia berkata ; “Aku pernah shalat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu malam. Lalu aku berdiri di sebelah kiri beliau, kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memegang kepalaku dari belakangku, lalu ia tempatkan aku disebelah kanannya ….” [Shahih Riwayat Bukhari I/177]

 

Wallahualam..


Sunday, July 22, 2012

Ramadhan, 2 : Demam


Hari ni korang berbuka puasa dengan apa???
Mesti masak sedap-sedapkan...
Takpun tunjuk-tuunjuk je kat Bazar Ramadhan...
Hari ni kiteorang dapat rezeki lagi..
Dapat bubur lambuk dari masjid..
Ni laa bubr lambuk tu...Abah ngn kawan die yg masak...

Ada roti lebih..
Mama cakap apa gna mama belikan oven kalau tak digunakan...
So, trylah membuat puding roti..
 Ni laa rupanya...


Semua jenis kekacang yang ada dalam peti ais kutabur..

Dan, yang paling penting, semua makanan di atas nie aku tak makan lagi...
Sebab, apa jenis makanan yang masuk kat mult ni rasa tawar...
al-maklumlah, dilanda kedemaman...
http://www.emocutez.com
Buka tadi pun makan nasi dengan ikan masin je..
kalau ikan masin pun tawar pon ak tak tau laaa...
huhuhu2~

Ingat nak ponteng terawih tadi...
Mama cakap baru 2 hari, dah nk ponteng...
So, pergilah jugak..
Before pergi tu, sempatlah termuntah...
http://www.emocutez.com
Aku dah terkejut...
Muntah merah, DARAH ker??
sekali baru teringat, aku makan buah DRAGON a.k.a PITAYA la td..
aiyakkkk...






http://www.emocutez.com 

Merepek dah...
Okeylah...
Selamat Malam...