MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Friday, October 31, 2014

Tolong Fahamkan Aku

Assalamualaikum.

Semalam aku ada jalan-jalan ke SOGO and area TAR, Masjid India.
Takde la shopping apa pun,sekadar cuci mata walaupun kat SOGO tu ada sale. Harganya tak sesuai untuk aku yang status PHD (Poket Habis Duit) ni.

Apa yang aku nak cerita ni berkaitan dengan orang yang minta derma untuk anak-anak yatim kat TAR.
Depa jual CD, sebab duit tu nak gunakan untuk sumbangan kat anak-anak yatim. Harga CD tu RM 10. OKEY !
So, aku cakaplah kak akak tu, aku taknak CD tu, just nak bagi sumbangan seikhlas hati je. Akak tu kata takpe bg dia RM 10 tu, nnt CD tu dia bagi kat orang lain, Masalahnya aku nak bagi 5, 6 ringgit sebab tu je yang ada kat poket waktu tu. Akak tu taknak. Dia cakap dia bukan minta derma.
Yang aku tak faham, kenapa dia tak nak 5, 6 ringgit aku tu. Akukan taknak ambil CD tu. Ambil je la duit aku tu, sebagai sumbangan kat anak yatim. Apa masalahnya.
Aku tak faham ni.
Kan untuk anak yatim, bukan dia yang minta derma kat aku, tapi aku yang nak bagi. Aku tak faham kenapa taknak.
Tolong Fahamkan Aku !!!


3 comments:

calrase patrick said...

good night :)...

Anil Wanina said...

mm.. salu terjadi juga.. niat kita ikhlas.. bila dah wujud paksaan.. terus jadi x ikhlas kan..

nurul_diya m. nor al-haj said...

tu la..niat dah ada nak bg..tp dia taknak..pelik..