MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Wednesday, November 5, 2014

Khat Kufi

Try test buat khat kufi perkataan Barakallah.. Sapa2 yang pakar pasal khat kufi ni boleh komen tak?
Kalau betul, igt nk framekan and bg gift kawan kawin..
Tolong komen please..

Tuesday, November 4, 2014

Cikgu Nak Naik Haji..

Cikgu Nak Naik Haji.
Cerita ni berlaku beberapa minggu lepas.. Tapi kata-kata cikgu sering membayangi diriku.
Sebelum kejadianyang pernah aku ceritakan dalam entry lepas Kisah Luka Seorang Guru ada kisah lain yang berlaku sebelum itu, dan kedua-dua kisah ada kaitannya dengan guru..

Kisah ni berlaku dalam Tabung Haji. Aku terjumpa dengan cikgu sekolah agamaku iaitu Cikgu Naimah. Dia buat urusan pendaftaran haji rasanya.
Nombor giliran dia sebelum aku. Selepas dia selesai segala urusan, aku pula ke kauter untuk masukkan duit nenekku. Ketaq juga tangan pegang duit tunai lebih seribu..
Masa proses masukkan duit tu berlaku, tiba-tiba Cikgu Naimah datang semula ke kaunter, dia tanya bila tahun yang diperuntukkan dia pergi ke Tanah Suci. Kebetulan aku yang berada di situ tunjukkan dia segala butiran dalam kertas pendaftarann tu. Segalanya lengkap tertulis kat situ.

"Owh, cikgu pergi Mekah 1441 hijrah", aku berkata.
Lantas dia menjawab,"Lama lagi Nadia, tak tau cikgu kuat lagi ke tak, sempat lagi ke tak".
Booom.. Ayat tersebutlah buat aku terngiang-ngiang sampai sekarang.

Buat Cikgu, In Shaa Allah.
Cikgu punya masa, punya kekuatan untuk ke Tanah Suci.
Bak kata Mak Ijah dalam cerita Indonesia Emak Ingin Naik Haji,

"Raga emak mungkin ngak mampu buat melewati samudera yang luas itu untuk pergi ke Tanah Suci, tapi emak yakin Allah pasti tahu hati emak udah lama ada disitu.......udah lama ada disitu".



Yup, Allah pasti tahu, hati cikgu sudah lama rindukan Tanah Suci Mekah.
Saya doakan.. In Shaa Allah..

Friday, October 31, 2014

Tolong Fahamkan Aku

Assalamualaikum.

Semalam aku ada jalan-jalan ke SOGO and area TAR, Masjid India.
Takde la shopping apa pun,sekadar cuci mata walaupun kat SOGO tu ada sale. Harganya tak sesuai untuk aku yang status PHD (Poket Habis Duit) ni.

Apa yang aku nak cerita ni berkaitan dengan orang yang minta derma untuk anak-anak yatim kat TAR.
Depa jual CD, sebab duit tu nak gunakan untuk sumbangan kat anak-anak yatim. Harga CD tu RM 10. OKEY !
So, aku cakaplah kak akak tu, aku taknak CD tu, just nak bagi sumbangan seikhlas hati je. Akak tu kata takpe bg dia RM 10 tu, nnt CD tu dia bagi kat orang lain, Masalahnya aku nak bagi 5, 6 ringgit sebab tu je yang ada kat poket waktu tu. Akak tu taknak. Dia cakap dia bukan minta derma.
Yang aku tak faham, kenapa dia tak nak 5, 6 ringgit aku tu. Akukan taknak ambil CD tu. Ambil je la duit aku tu, sebagai sumbangan kat anak yatim. Apa masalahnya.
Aku tak faham ni.
Kan untuk anak yatim, bukan dia yang minta derma kat aku, tapi aku yang nak bagi. Aku tak faham kenapa taknak.
Tolong Fahamkan Aku !!!


Friday, October 10, 2014

Kisah Luka Guru..

Hai..
Nak cerita pada suatu hari.. eh jap ! Ini kisah betul tau bukan rekaan..
Pada suatu hari, selepas dropkan mama di hospital, aku dan abah ke Tabung Haji sebab nak masukkan duit ribu-raban.. Ok, masukkan duit betul, ribu-raban tipu saja. Bukan masukkan duit aku or abah. Masukkan duit nenda, tu pun lepas kene paksa simpan dalam bank. Orang tua2 agaknya suka simpan duit dlam tempayan bawah tanah kot.. err..

Al-kisahnya, selepas selesai urusan, kami keluarlah dr TH dan tiba2 ada semacam satu suara memanggil. "Cikgu Md. Nor, Cikgu Md. Nor !!" Rupa-rupanya ada seorang pengemis memanggil abah. Owh anak murid abah rupanya. Biasa kalau org muda sihat perkasa mintak seringgit 2 kat org, korang pikir laa diaorg nak guna duit buat apa. Berbual sikit, pastu abah hulurkanlah RMxx kat dia..

Berlalu dari situ, lantas aku bertanya, "tak sedih ke Abah tengok anak murid abah tu". Abah cakap, cikgu mana yg tak sedih tgok anak murid yg diharapkan menjadi pembela agama dan bangsa jadi mcm tu. Dulu abah dah suap dengan ilmu, td pun abah kene suap dia lagi. Itu jalan yg dia pilih..

Jeda kami disitu..




Tolong jangan buat guru anda sedih.. dan paling penting jangan buat IbuBapa anda tersangat sedih dengan jalan hidup anda

Tuesday, September 23, 2014

Pertandingan Memasak

Salam semua.
Saje je nak cerita pengalaman aku dan mama masuk pertandingan memasak Nasi Beryani anjuran Syarikan Faiza dan Angkasa di SMKL. Masuk pertandingan ni pun gara-gara Mak Long yang masukkan nama. Okey takpa, kami try je. Menang atau kalahkan adat pertandingan. Janji kami ENJOY !!

Kami ingatkan boleh guna bahan-bahan dari rumah sebab kami dah sediakan segala rempah ratus yang biasa kami gunakan. Tapi kene guna barang-barang yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu Syarikat Faiza. Ada sedikit blurr sebab bahan-bahan yang disediakan terhad. Dan lagi satu, kalau kami masak di rumah, maka nasi yang di masak itu penuh dengan segala kekacang sebab saya ini hantu kacang. Tapi dalam pertandingan ni tak disediakan pula. It's okey la. Ni baru namanya challenge kan.






Inilah hasilnya.
Good Job Mama & Diya.
Next time kita try lagi..

Tuesday, September 16, 2014

Melawat Orang Meninggal

Selamat Hari Malaysia..
Hari ni juga berita duka diterima family kami. Atok sedaraku kembali mengadap Illahi. Oleh sebab Abah dah melancongkan diri ke Kelantan, maka akulah yang kene bawa Mama datang menziarah keluarga arwah.
Tahniah kepada diriku kerana inilah kali pertama aku melawat orang yang kematian. Mama asyik paksa aku untuk pergi. Dia cakap kita ni kene selalu ingat mati. Mati tu tak kira kat mana-mana. Macam mama ni, kalau bateri kat jantung ni stop mama pun stop la.
Huuuu~
Al-Fatihah buat Atuk sedaraku.

Abah ke Kelantan

Dari hari tu Abah cakap nak ke Kelantan. Tapi bukan dengan aku dan mama. Dia nak pergi dengan kawan-kawannya. Oleh sebab kami tak dapat ikut maka macam-macam kami lakonkan agar Abah tak jadi pergi..haha~
Mama : Nak gi Kelantan nak buat apa la tu?
Aku : Entah-entah nak pergi sempadan. Abah kan dah buat passport. (Tambah cuka)
Abah : Nak masuk sempadan buat apa pulak. Abah bawak orang yang rajin pergi masjid, tok imam..
Mama & Aku : Hurrrmm.. (tak menjadi strategi)
Apa-apa pun baibai Abah. Moga selamat perjalanan pergi dan pulang. Barang2 yang kami dah listkan jangan lupa beli. Happy Holiday !!


Thursday, September 4, 2014

Jom Warga Johor Mohon Rumah

Assalamualaikum

Untuk sekalian warga JDT jom sama-sama mohon rumah mampu milik Negeri Johor.
Untuk permohonan anda boleh click sini .





Jom la mohon. Mana tau ada rezeki nak dapat kan?
Untuk info lanjut korang boleh je tengok kat link yang kubagi diatas tadi ye.

Sunday, August 31, 2014

Melawat Kawasan

Semalam aku sefamily pergi meronda satu Johor. Sampailah kami ke Tg. Pengelih sempadan dengan Singapore tu. Jauh rupanya. Yang bestnya tempat tersebut tak ada apa yang best. Tempat makan pun susah nak cari. Orang kata sana popular dengan seafood tp siang-siang hari tak buka. Lagipun banyak orang Cina yang menguasai perniagaan restoran seafood di sana. Hampa tak dapat makan seafood. Kita tengok laut je la..

Friday, August 29, 2014

Tukar Kaki Baru

Oleh sebab keempat-empat kaki dah haus, makanya haruslah ditukar kaki baru.. Tayar Michelin 4 RM 900 ok tak ?? Bagi aku okey la kot sebab bos besar yang bayar.. haha~
Terima Kasih, Abah.

Saturday, July 19, 2014

Sekali Lagi Dipandang Dunia

Selagi lagi Malaysia mendapat perhatian dunia selepas peristiwa MH370. Al-fatihah buat penumpang MH17 dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.
Mati itu pasti, cuma kita tidak tahu bila, di mana dan dalam keadaan apa.

Friday, March 14, 2014

Jerebu !

Salam.
Sekarang cuaca panas dan berjerebu. Hope semua jaga kesihatan. Kalau boleh yang ada mask pakailah.
Dan banyakkan minum air ye kawan-kawan.
Pesanan penaja : Diya Ixora
#prayformh370

Monday, March 3, 2014

Happy Birthday Mama

Selamat Hari Lahir Mama..
Semoga Panjang Umur Murah Rezeki Ditingkatkan Iman Berpanjangan Amalan..
Love you Mama..

My Ping in TotalPing.com