MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Friday, October 10, 2014

Kisah Luka Guru..

Hai..
Nak cerita pada suatu hari.. eh jap ! Ini kisah betul tau bukan rekaan..
Pada suatu hari, selepas dropkan mama di hospital, aku dan abah ke Tabung Haji sebab nak masukkan duit ribu-raban.. Ok, masukkan duit betul, ribu-raban tipu saja. Bukan masukkan duit aku or abah. Masukkan duit nenda, tu pun lepas kene paksa simpan dalam bank. Orang tua2 agaknya suka simpan duit dlam tempayan bawah tanah kot.. err..

Al-kisahnya, selepas selesai urusan, kami keluarlah dr TH dan tiba2 ada semacam satu suara memanggil. "Cikgu Md. Nor, Cikgu Md. Nor !!" Rupa-rupanya ada seorang pengemis memanggil abah. Owh anak murid abah rupanya. Biasa kalau org muda sihat perkasa mintak seringgit 2 kat org, korang pikir laa diaorg nak guna duit buat apa. Berbual sikit, pastu abah hulurkanlah RMxx kat dia..

Berlalu dari situ, lantas aku bertanya, "tak sedih ke Abah tengok anak murid abah tu". Abah cakap, cikgu mana yg tak sedih tgok anak murid yg diharapkan menjadi pembela agama dan bangsa jadi mcm tu. Dulu abah dah suap dengan ilmu, td pun abah kene suap dia lagi. Itu jalan yg dia pilih..

Jeda kami disitu..




Tolong jangan buat guru anda sedih.. dan paling penting jangan buat IbuBapa anda tersangat sedih dengan jalan hidup anda

No comments:

My Ping in TotalPing.com