MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Wednesday, October 24, 2012

Tak Tahu Mengira atau Malas Mengira


Kembali lagi untuk membebel..
Tajuk entriku kali ni pasal kira mengira..
Ni bukannya nak kira addmath yg penuh dengan cacing2 (simbol2 math)..

Sejak telah diisytiharkan sebagai penganggur terhormat, so ak dengan rajinnya menolong mummyku berniaga kat kantin sekolah..
Actually tu kantin sekolah rendah aku masa kecik2 dulu..


 ni la sekolahku dulu

Kembali kepada tajuk entryku..
Tatkala loceng rehat berbunyi, mulalah budak2 ni menyerbu nak beli makanan..
aku ditugaskan jaga kaunter kuih-muih dan air..
Mulalah aku melayan kerenah budak2 budak ni..

#SITUASI TAK TAHU MENGIRA ATAU MALAS MENGIRA 1#

Budak : Kak, kuih ni satu berapa?
Kakak Comel : Sekeping 30 sen.
Budak : Kalau 2 berapa?
Kakak Comel : 2 keping 60 sen.
Budak : 3 keping berapa?
Kakak Makin Hilang Comel : 3 keping 90 sen la..ishh..

Persoalan : Budak ni malas mengira atau betul-betul tak tau kira.

#SITUASI TAK TAHU MENGIRA ATAU MALAS MENGIRA 2#

Budak : Kak, kuih ni satu berapa?
Kakak Comel : Sekeping 30 sen.
Budak : Nah. (Menghulurkan semua duit syiling kat tangan)
Kakak Comel : Eh, 30 sen je la..(sambil pegang tangan budak, takut lari tak ambil duit baki)

Persoalan : Budak ni malas mengira atau betul-betul tak tau kira.

Ekceli duit ni benda yang basic sangat.
Budak2 start dari Tahun 1 kalau tak tahu duit tang puluh2 ringgit, paling koman tahu dari nilai    10 sen sampai RM 1 pun dah kira okey kot.

Kadang2 naik fed up jugak kalau asyik ditanya soalan yang sama oleh budak yang sama. Sekeping berapa?, dua keping berapa?, 3 keping berapa?
Kalau aku la..Dah 3,4 kali tanya lepas tu dah boleh ingat dah..
ay0ooo...

Dah tu je nak membebel. Aku harap sangat adik2 ni belajar la mengira.
Untuk kebaikan diri depa jugak. Nanti tak de la mudah kena tipu bab2 duit ni.

4 comments:

ayu zan said...

Ish.. nasib baik kakak comel ni sabar..

nurul_diya m. nor al-haj said...

Hampir tak sabar dah..

shafiqabdshukor said...

diorg nak ngorat akak comel kot.. hehehe

Nadia Elena said...

haha. ada sesetengah tempat jual kuih 3 keping RM1. maybe budak2 tu tanya sebab nak kepastian je. bhahaha~! eh, kirim salam kat cikgu yang masih kenal ek.. =)