Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya
kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana
kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan
Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk
kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api
tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka
untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma...
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan
cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan
di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan
tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah
untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun
memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka
untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar
zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api
neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70
kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di
atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba
bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api
tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang
sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di
gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang
terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap
sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan
kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH
SAHAJA.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment