MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Tuesday, May 26, 2015

Pokok Tin Pertamaku

Assalamualaikum..

Saje je nak tunjuk pokok buah tin pertamaku..Beli secara online dari Sarawak..packaging sangat mantap sehinggakan pokok yg dalam kotak tu tak terjejas pun..

Sekarang ni, ramai yang dan berjinak-jinak dengan tanaman pokok tin ni.. sapa yang berminat boleh usha FB group Tin Oh Tin.. kat sana ramai sifu yang berkongsi tentang cara tanaman pokok tin ni..

Nanti nak kumpul duit lagi nak beli jenis pokok tin yang lain.. Rasa cemburu tengok pokok tin orang lain berbuah banyak..hehe

Bersamalah kita menanam pokok yang ada di sebutkan dalam al-Quran..

Saturday, May 23, 2015

Ketagih Shopping Online

Assalamualaikum

Siapa kat sini suka shopping online.. 
Sekarang ni berlambak online market ni..
Siapa tak kenal


Tapi semua ni aku window shopping je..

Ada juga yang shopping thru FB dan Instagram..

Hari ni aku nak kongsi satu lagi website..Maybe ramai je yang dah tau..

Untuk new user korang akan dapat welcome coupon RM10+RM11 kredit..
So,boleh la korang shopping guna coupon tersebut..Selain tu korang boleh download coupon setiap hari..konsepnya siapa cepat dia dapat..



Untuk percubaan pertama aku beli jam casio menggantikan jam aku yang dah jahanam..
Aku order hari Selasa dan hari Rabu barang dah sampai..
sangat pantas..


Jam ni laa aku beli.. sebenarnya aku ada je jam lain tp,jam ni boleh buat lasak sikit.. 

Lepas ni apala pulak aku beli ye..
haha..



Friday, May 22, 2015

Ikan Patin Bakar Tempoyak

Assalamualaikum..
Sapa kat sini suka makan ikan air tawar (sila angkat bahu).. Kalau siapa suka kita sepesen.. almaklumlah saya adalah peminat tegar ikan air tawar terutamanya ikan patin.. tp la ni kan ada cerita kurang enak tentang cara penternakan ikan patin.. Maka dah slow sikit makan ikan patin ni..
Nak dijadikan cerita, minggu lepas ada orang jual patin sungai, apa lagi minta la kat mama belanja seekor.. nyumm...nyumm..
Makanya, terjadilah makanan yang dinamakan Ikan Patin Bakar Tempoyak.. sedap weii.. Makan sorang, mama rasa sikit2 je.. Abah ngan Nyai tak makan ikan air tawar.. Rugi betul ! haha

Thursday, May 21, 2015

Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen

Assalamualaikum..

Jalan-jalan sekali jumpa Giveaway sempena Hari Ibu..
So nak try join la..
Mana tau ada rezeki..

Untuk lain2 yang nak join boleh klik banner di bawah..


Syarat-syarat dia senang je.. So,jom join sekaki..

Kebun Pisang Abah

Assalamualaikum..

Edisi berbudi kepada tanah.. Abah buat projek tanam pisang di kebun dia.. Aku ada la tolong sikit2.. tolong angkat anak pokok pisang untuk dihantar ke kebun.. pheww.. Lenguh tangan Allah je yang tahu.. Harap2 projek pisang abah ni menjadi la.. Setakat ni upah orang untuk jaga kebun pisang tu, tp lepas abah pencen dia pulak nak jaga.. Masalahnya dah diterima ke permohonan pencen awal Abah tu.. Excited dah pum pang cakap pencen tahun ni.. Apa2 pun selamat berpencen dan selamat mengerjakan kebun pisang..

Vietnam Part 2 ~ Edisi Gambar sahaja


Assalamualaikum
Entry ini adalah sambungan kepada entry Vietnam Part 1

Pada hari kedua jalan2 di Vietnam kami pergi ke Mekong. Ambil pakej Muslim. Senang, takyah susah-susah fikir mana nak cari makanan halal.
Seawal pukul 7.00 pagi waktu Vietnam kami dah terpacak depan hotel. Sebelum tu pi breakfast dulu.

Perjalanan dari hotel ke Mekong ni agak lama jugak bagi aku. sempat tido. 





Dah sampai jeti ni, maka naiklah bot dan berpusing-pusinglah di pulau-pulau sekitar Mekong ni.

Pulau pertama yang kawi lawati adalah pulau kelapa.. kot ~









Tata.. Kami nak balik..

Total kos ke Vietnam ni RM 1300..
yang mana pada aku agak mahal.. ni gara2 tiket last minit..kalau tak dapat lagi murah..

Apa-apa pun,
Pengalaman ini tak akan dilupakan..  :)
My Ping in TotalPing.com