MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Monday, April 16, 2012

Ditag oleh Fariedasikicik

Assalamualaikum..

Semalam telah ditag oleh  Fariedasikicik...
So, kenelah merajinkan diri untuk menjoin menda alah nie...

Okies, ada syarat2 la pulak..
cekidaut yer...
  • Tak boleh tag orang yang sama.
  • Harus meletakkan syarat-syarat ini di entri.
  • Pastikan mereka tahu mereka di tag.
  • Ceritakan 11 perkara tentang anda dan bukannya orang lain.
  • Jawab semua soalan yang diberi oleh empunya soalan
  • Cipta 11 soalan lain untuk orang yang di tag
 Okey, iols mulakan dengan 11 perkara tentang diri sendiri, tentang empunya nama 
NURUL NADIA BINTI MOHD. NOR AL-HAJ..
Aku pon sama mcm pengetag...mmg fail nak describe tentang diri sendiri..aiyaa... 

  1. Masa mula2 lahir dulu mama ngn abah nak bagi nama NORMADIAH...Nama tu merupakan gabungan nama abah, Mohd. Nor, nama mama Halimah dan nama pemilik blog ini Diya...Nasib baik tak jadi daftar guna nama tu, mau nanti aku jadi pengganti pelakon Seniwati Normadiah.
  2. Suka tempat yang sunyi, tak de bunyi kenderaan, tak de bunyi muzik. Yang ada bunyi alam saja.
  3. Hanya ada seorang je yang panggil aku NURUL. Lelaki okey. Tapi dia dah pergi bertemu Penciptanya. Al-Fatihah.
  4. Aku tak suka sayur frozen. tak segar okey.
  5. Suka makan kaki ayam. Tak kira la kaki ayam goreng ke, sup kaki ayam ke, kaki ayam rendang, kari kaki ayam. Abah cakap kaki ayam ada kolegen semulajadi untuk cantikkan wajah. Fakta atau auta aku pun tak tau.
  6. Lebih suka diam bila kawan-kawan sedang berborak. Suka tengok diorang punya gaya bila bercerita, dengan mulutnya, dengan tangannya, dengan mukanya..haha
  7. Kalau marah seluruh badan akan menggigil, suara akan bergetar, mata akan berair. Mama cakap serupa macam dia dan adik-beradik perempuan dia yang lain.
  8. Suka melancong. Semua negeri kat Malaysia ni dah pernah pegi.
  9. Kuat merajuk. Sekarang dah kurang sikit kot.
  10. Kalau kat rumah lebih prefer tidur atas sofa kat ruang tamu berbanding tidur atas katil di bilik sendiri. Aku tak tau kenapa sampai sekarang aku macam takut nak tido kat bilik sensorang.
  11. Aku paling obses dengan warna biru dan hitam. Raya last year, semua baju aku warna biru. 
DONE
...
..
.
.
.
 Jawab semua soalan yang diberi oleh empunya soalan
.
.
.
.
1. Apekah nama timangan anda dalam family?
Diya
2. Benda/kejadian apa yang paling kelakar dan memalukan masa anda kanak-kanak?
Masa kejadian - Tahun 1995, sekolah tadika
Tempat kejadian - Depan toilet 
Kejadian - Seorang kanak-kanak perempuan mencium rakan lelakinya.
Implikasi kejadian - Sehingga kini, bila terjumpa or terselisih, muka masing-masing macam udang kena goreng.

3. Permainan tradisional apa yang paling anda suka dan mungkin masih minat sampai sekarang?
Gasing, sampai sekarang masih simpan gasing zaman kecik-kecik.
4. Apa yang membuatkan anda marah? 
Kena tipu, kena fitnah, kena aniaya.
5. Perkara paling nekad dan gila yang pernah anda lakukan. 
Panjat pagar sekolah dan asrama
6. Bile sedih anda buat apa?
Tidur dengan harapan bila bangun tidur perkara sedih tu pon hilang.
7. Kawan sekolah mana yang paling anda ingat sampai sekarang (sekolah rendah/menengah/ipt).dan kenapa? 
Jujur cakap, kawan masa sekolah menengah. Sebab banyak sangat kenangan manis, pahit, masam, kelat ngan diorang. Tapi kawan sekolah rendah ngn IPTA pun aku ingat jugak.. :)
8. 3 perkataan yang melambangkan empunya soalan ( Farieda) 
Tang ni susah...aiyaaa..
Laju #makan laju, tulis laju, cakap pun hampir laju
Comel #aku bodek ni, nnt belanja eskrem ye
Ramah #die suka cakap ye.
9. Sebab utama anda berblogging? 
Aku nak simpan kenangan dan nak cerita pada dunia betapa ceria hidup aku.
That why nama blog Warna-Warna Ceria
10. Hadiah paling berharga yang anda dapat dan daripada siapa? 
Jam tangan. Abah ngan mama hadiahkan masa birthday
11. Siapa rakan yang akan anda tag dan kenapa mereka perlu di tag? 
Saje-saje je nak tag diorang
Done.
Kene buat soklan la pulak..
1. Kalau ada duit RM 1 juta dalam bank, korang nak buat ape?
2. Tempat yang paling korang nak sangat pergi dan kenapa?
3. Warna kegemaran korang ape?
4. Masakan paling sedap yang korang pernah makan.
5. Apa perkara paling best yang pernah korang buat seumur hidup
6. Air terjun atau laut?
7. Perkara yang kkorang nak sangat bagitau kat mak korang.
8. Suka baca novel tak?
9. Kereta idaman korang.
10. Kalau marah korang buat ape?
11. Apa pendapat korang tentang politik di Malaysia pada masa ini.

Tu je..
Sekian..

P/S : yang tak ditag tu, kalau ada masa nak buat, buat la ye..
 

3 comments:

Ayu Zan Craft said...

wa.a...dlu2 aku rajin buat menda2 ni..

Ayu Zan Craft said...

diya...kau cium budak laki masa kecit?ehhehe

Unknown said...

kecik...ape aku tau...haha2~

My Ping in TotalPing.com