Terpanggil hari ni untuk membuat entry berkaitan bahasa budak-budak zaman sekarang.
Almaklumlah, 5 hari dalam seminggu aku dikelilingi oleh budak-budak sekolah seawal usia 5 tahun hinggalah 12 tahun.
Oleh sebab aku ni Social Sciences's Student, observation terhadap tingkahlaku masyarakat adalah perkara penting dalam bidang kami. So, dari situ kami boleh membuat analisis serta kesimpulan terhadap masalah yang berlaku dalam masyarakat.
Daripada pemerhatian yang dibuat, perkataan yang paling kerap disebut oleh budak-budak ni adalah perkataan BODOH, diikuti pula oleh perkataan BANGANG, SIAL dan sebagainya.#tak mampu nak senaraikan semua#. Dan ada satu binatang yang paling popular yang agak kerap juga digunakan oleh mereka iaitu BABI. Takde binatang lain agaknya nak disebut, kucing ke, arnab ke, beruang ke. Ini adalah pemerhatian aku selama 20 minit pada waktu rehat.
Okey, itu cerita percakapan budak2 yang kat sekolah. Yang adik sedara aku pun dah mula cakap perkataan yang dinyatakan di atas. Aku akanlah duk membebel sakan kalau depa keluarkan perkataan tu. Lantaklah kalau mak pak die duk dengar aku membebel kat anak-anak die. Kita ni nak ajar budak biar dari kecik. Kan ada pepatah Melayu mengatakan 'melentur buluh biar dari rebungnya, kalau sudah menjadi buluh dilentur payah, dikepah patah' #ceewahhh#
Actually, aku ada pengalaman buruk lagi memalukan dengan perkataan negatif ni.
Kejadian ni berlaku masa aku sekolah rendah. Masa tu darjah 4 atau 5 kot. Takpun darjah 6.
Masa tu, petang-petang selalu aku akan keluar rumah bermain dengan kawan-kawan. Selalunya, kiteorang akan main roundas, baling tin, basikal dan lain-lain.
Al-kisah, petang hari kejadian, kami bermain lumba basikal. Zuuuppp zaaappp zuuuppp zapppp bawak basikal dan yeay aku menang. Tapi kawan aku tu taklah berpuas hati, dan berlakulah sedikit pergaduhan. Gaduh mulut je takde laa sampai bertumbuk. Gaduh punya gaduh tetiba terkeluarlah perkataan BODOH dari mulut aku. Dari mana ntah bapak aku muncul, maka dia terdengarlah perkataan yang disebut. Balik rumah je, baru nak jejak kat halaman rumah, bapak aku patahkan batang sayur pucuk manis kat depan rumah dan kemuncaknya....
Zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaappppppp.....#gitulah bunyinya
Bertemulah batang pucuk manis itu dengan badanku, di halaman rumah dan di depan khalayak ramai. Perrrrrggghhh... Berbirat..
TERIMA KASIH ABAH..
Dan kesimpulan daripada cerita aku, sampai sekarang kalau nak cakap benda-benda negatif ni macam tak terkeluar dari mulut. Kalau aku dah tahap marah sangat akan terkeluarlah perkataan sengal dan bengong. Itu je.
Kesimpulan lain, mak pak ni kalau dengar anak-anak cakap BODOH ke, SIAL ke, apa2 je la yang tak elok didengar dek pendengaran, buat je macam abahku, gerenti sampai mati dia akan ingat kesannya.
Tu je nak membebel tanpa gambar.
Ingatlah:
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
10 comments:
budak skrg brutal2 la =_=
Budak-budak ni pun dengar dari kawan-kawan.
Yang bab ayah sis buat tu memang setuju sangat. Hehe.
Dulu adik pernah kena cili mulut dengan mak sebab sebut nama binatang hikhok tu. Nasib bukan cili api. Tu pun mak macam acu-acu je kat mulut dia.
Din : Brutal2 pon, bahasa tu kene jaga.
Huda : Agak2 kalau sis yg kena cili kat mulut, sampai beso fobia kat sambal kot..
kadang-kadang seraaammm dgn bebudak skrg neh. =) bahasa kasar, x sesuai dgn usia
Diera : yup, kadang2 org yg lebih dewasa pon tak pernah sebut perkataan kasar... :)
bagus petua ni. ibu bapa zaman sekarang ada yang terlalu manjakan anak. tu yang anak jadi kurang ajar..
Bagus sangat... Biar ingat sampai mati..
Hihi... Berbirat tanda cinta seorang bapa.. =)
ibu bapa skrg dh tak tegas dh mcm org dulu2...sygkn sgt ank2 mereka smpai nk rotan pun nak kne pikr 2,3 kali.last2 xrotan
salam kenal tq sudi singgah berkomen di blog KA, dh follow u ye 366
Post a Comment