MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Monday, March 19, 2012

Cara-cara Menghilangkan Calar pada Jam Tangan


gambar ihsan Mr. Google

 Zaman sekarang ni, hampir semua orang ada jam tangan kan...??
Aku pon ada.
Aku ada 2 je jam tangan.
Satu, jam tangan yang aku sentiasa pakai since dari form 4. Abah yang belikan. Jarang aku buka jam tangan ni.
Yang kedua, jam tangan warna merah, mama dengan abahku bagi masa birthday aku.
Aku jarang guna jam nie. Guna waktu tertentu je..
Masa mama dengan abah bagi jam nie aku cakap kenapa belikan aku jam lagi sebab jam aku pon tak rosak lagi. 
Maybe dieorang pon jemu asyik tengok jam aku yang tak bertukar nie kot...haha2~
 ok..aku dah start merepek...straight to the point..

 Jam yang lama dipakai sudah tentu tidak akan lepas dari tercalar apabila bergeser dengan benda keras. 
Ini akan meninggalkan kesan halus yang dapat mencacatkan keanggunang, kecantikan serta keindahan #cewah# jam yang kita pakai. Jika sebulan satu calar kecil, lama-lama akan ada berpuluh-puluh calar pada jam kita.
 
Jika jam yang korang sayang  ada kesan calar yang banyak  jangan risau, korang boleh memulihkannya seperti baru bersinar-sinar dengan menggunaka ubat gigi. Calitkan sedikit ubat gigi pada jari korang dan gogok pada permukaan cermin yang bercalar itu.
 

Jika ada banyak, buatlah sekerap mungkin sehingga kesan calarnya hilang. Anda boleh cuba sekarang jika ada jam anda yang calar.
 Selamat mencuba.



 

7 comments:

Nadia Nadiana said...

nak kena letak ubat gigi jenama colgate atau fresh & whitte ek? mana lagi mujarab? haha! =p

nurul_diya m. nor al-haj said...

Guna jenama Mukmin...diyakini kehalalannya...

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Kalau calar kat skrin handphone boleh jugak ke?

nurul_diya m. nor al-haj said...

Klau calar kat Handphone, tak pernah buat la pulak...

Khairul Akil said...

Terbaik la..dh cuba pd jam..jnis cermin plastik..tp kena sabar sikit la

Khairul Akil said...
This comment has been removed by the author.
Ridzuan Latiffullah said...

Berkesan x bro pada cermin plastik