Seperti yang tertulis dalam tajuk..
Hari nie nak tulis serba sedikit tentang sejarah yang berlaku pada 30 Mac
1. 30 Mac 1432 - Kelahiran "Si Penakluk" Muhammad al-Fatih (الفاتح)
Land Day atau 'Hari Tanah Air' Palestin bermula pada 30 Mac 1977 apabila tentera zionis menyerang orang awam Palestin yang
berdemonstrasi untuk membantah rampasan tanah secara berleluasa di Galilee, utara 'Israel' atau lebih tepat lagi wilayah Palestin yang
dijajah sejak 1948. Pada hari tersebut, tentera zionis membunuh enam
orang Palestin, mencederakan 96 orang dan menahan dan memenjarakan
kira-kira 300 orang. Seluruh bangsa Palestin di dalam 'Israel', Tebing
Barat, Gaza dan mereka yang berada di khemah-khemah pelarian di
negara-negara Arab mengistiharkan hari tersebut sebagai Land Day atau
Hari Tanah Air untuk mengingati kehilangan tanah rakyat Palestin yang
masih berlaku untuk meluaskan lagi negara haram Israel.
Dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei
1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang
memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444
ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk
Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar
Byzantine.
“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang
menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah
sebaik-baik tentera.”
2. 30 Mac 1842 - Penggunaan ubat tidur pertama untuk pembedahan
Doctor Crawford Long menggunakan anesthetic atau pun kaedah pelalian
dalam bidang perubatan untuk melakukan pembedahan yang merubah asas bidang perubatan.Doctor Long merupakan graduan perubatan dari University of Pennsylvania
pada tahun 1839 dan seorang pakar dalam bidang pembedahan dan farmasi.
3. 30 Mac 1977 -Memperingati Hari Tanah Air Palestin
4. 30 Mac 1989 - Hari kelahiran watak utama Filem Ketika Cinta Bertasbih, M.Kholidi Asadil Alam
M. Kholidi Asadil Alam lahir di Pasuruan, Jawa Timur, 30 Mac 1989. Setelah berjaya memainkan peranan sebagai Azzam dalam filem Ketika
Cinta Bertasbih I dan II, Kholidi ingin meneruskan cita-citanya
untuk menambah ilmu berbisnes.
dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
30 Mac 1989
Hari Ulangtahun Kelahiran
Anak Kepada Pasangan Tn. Hj. Mohd. Nor bin Suparman dan Pn. Hjh. Halimah binti Mohamed
iaitu
YAB #yg amat bertuah Cik Nurul Nadia binti Mohd. Nor.
Ucapan buat diri sendiri:
" Semoga menjadi hamba Allah yang taat akan perintahnya, Semoga menjadi anak yang solehah penyejuk hati ibu dan bapa dan Semoga menjadi rakan atau teman yang setia dikala susah senang sahabatnya" Aamin Ya Allah...