MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Wednesday, November 5, 2014

Khat Kufi

Try test buat khat kufi perkataan Barakallah.. Sapa2 yang pakar pasal khat kufi ni boleh komen tak?
Kalau betul, igt nk framekan and bg gift kawan kawin..
Tolong komen please..

Tuesday, November 4, 2014

Cikgu Nak Naik Haji..

Cikgu Nak Naik Haji.
Cerita ni berlaku beberapa minggu lepas.. Tapi kata-kata cikgu sering membayangi diriku.
Sebelum kejadianyang pernah aku ceritakan dalam entry lepas Kisah Luka Seorang Guru ada kisah lain yang berlaku sebelum itu, dan kedua-dua kisah ada kaitannya dengan guru..

Kisah ni berlaku dalam Tabung Haji. Aku terjumpa dengan cikgu sekolah agamaku iaitu Cikgu Naimah. Dia buat urusan pendaftaran haji rasanya.
Nombor giliran dia sebelum aku. Selepas dia selesai segala urusan, aku pula ke kauter untuk masukkan duit nenekku. Ketaq juga tangan pegang duit tunai lebih seribu..
Masa proses masukkan duit tu berlaku, tiba-tiba Cikgu Naimah datang semula ke kaunter, dia tanya bila tahun yang diperuntukkan dia pergi ke Tanah Suci. Kebetulan aku yang berada di situ tunjukkan dia segala butiran dalam kertas pendaftarann tu. Segalanya lengkap tertulis kat situ.

"Owh, cikgu pergi Mekah 1441 hijrah", aku berkata.
Lantas dia menjawab,"Lama lagi Nadia, tak tau cikgu kuat lagi ke tak, sempat lagi ke tak".
Booom.. Ayat tersebutlah buat aku terngiang-ngiang sampai sekarang.

Buat Cikgu, In Shaa Allah.
Cikgu punya masa, punya kekuatan untuk ke Tanah Suci.
Bak kata Mak Ijah dalam cerita Indonesia Emak Ingin Naik Haji,

"Raga emak mungkin ngak mampu buat melewati samudera yang luas itu untuk pergi ke Tanah Suci, tapi emak yakin Allah pasti tahu hati emak udah lama ada disitu.......udah lama ada disitu".



Yup, Allah pasti tahu, hati cikgu sudah lama rindukan Tanah Suci Mekah.
Saya doakan.. In Shaa Allah..
My Ping in TotalPing.com