Assalamualaikum..
Post kali ni aku nak cerita cara-cara nak ke USS, Singapore.
Boleh guna jalan darat atau udara. Lalu jalan air aku tak sure pulak.
Kalau guna travel agent senang la kot sebab semua diuruskan..
Tapi untuk kami yang main terjah-terjah ni, ni la cara yang kami.
Aku bagi direction dari Terminal Bas Larkin.
1. Naik SBS Transit No 170 (MRT Kranji) menuju ke Stesen MRT Kranji Singapore dengan tambang RM 1.90. Klau nak bas ekspress RM 5.00 tak silap
2. Bas start operasi pukul 6.00 pagi.
3. Bas akan berhenti di Imigresen Malaysia (CIQ) dan Imigresen Singapore (Woodlands) bagi tujuan cop dan pengesahan passport. Apabila selesai urusan passport, pastikan naik bas yang sama atau sekiranya terlepas bas tadi boleh naik bas lain dengan nombor bas yang sama untuk ke MRT Kranji stesen. Tiket jangan di buang kerana akan diperiksa semula ketika naik bas selepas urusan imigresen. #tiket comel lote..simpan baik-baik

Ni map MRT. Kalau korang nak map laluan MRT boleh je mintak kat customer service
Tiket ni boleh guna 6 kali
2. MRT ini bukan direct ke Harbour Front
3. So, dari MRT Kranji perlu turun di Jurong East dan naik train ke Outram Park line hijau
4. Sampai Outram Park, turun dan tukar train ke Harbour Front line purple #boleh je ambil laluan lain.ikut korang la, janji sampai kan
5. Apabila sampai sahaja di Harbour Front stesen ikut signage ke VivoCity/Sentosa Expres (Monorail) . Nak ke Sentosa Island yang ada USS tu perlu naik monorail. Tiket monorail dari Sentosa Station ke Sentosa Island SGD 4.00
Tiket ni boleh guna sekali je..
6. Naik monorail then stop di Waterfront Station.
"WELCOME TO UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE"
Ok. tu je..
tata..
tata..