MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Saturday, November 13, 2010

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains Mara

Salam semua...
Seperti yang anda semua ketahui, result UPSR sudah diumumkan pada hari Khamis yang lepas..
Oleh itu, kepada calon2 UPSR tahun 2010 yang berminat nak mohon ke MRSM bolehlah membuat permohonan secara online di laman web MARA..

tp sebelum mengisi borang secara online, perlu dapatkan kata laluan di Pejabat
MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA..

Pada tahun 2011, program MRSM (Agama) Ulul Albab yang akan dilaksanakan di MRSM Kota
Putra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Sistem pendidikan MRSM (Agama) ini
merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti
Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Mulai tahun 2011, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General
Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.
Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA
melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.

p/s:: pada adik sedaraku Anis..cepat2 mohon..



No comments:

My Ping in TotalPing.com