MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Tuesday, June 22, 2010

Solat Sunat Dhuha

Solat Dhuha untuk jiwa, murah rezki

Sebagai umat Islam, kita wajib yakin bahawa segala sesuatu adalah milik
mutlak Allah SWT. Seiring hakikat itu dan ketika ekonomi negara gawat ini,
eloklah untuk kita semua bermuhasabah dan kembali mendekati Allah.

Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah ialah dengan mengerjakan solat Dhuha.
Hanya dgn 2 rakaat setelah matahari naik kadar tinggi "segalah" -
kira-kira 30 minit setelah terbit matahari-kita boleh mengadu untung nasib
kpd-Nya.

Bermula dgn niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dgn surah
al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah Dhuha pada
rakaat kedua. Lakukan solat ini dgn keyakinan ia mampu memberi ketenangan dan kemurahan rezki.

Setelah selesai solat disunatkn pula berdoa dengan doa memohon kurniaan
rezki: " Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha waktu dhuha-Mu, cahayanya
cahaya-Mu, kekuatannya kekuatan-Mu, keindahnya keindah-Mu, Ya Allah sekira
nya ada rezki di langit maka turunkannya, jika ada di bumi maka
kluarkannya, jika jauh maka perdekatkannya dan jika ada nya hampir maka
permudahkannya dgn kebenaran Dhuha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu &
kesucian-Mu, berilah kpdku  sebagaimana engkau berikan kepada hambamu yg
soleh. Dan sempoga Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad &
ke atas keluaraga para sahabat baginda sekelian. segala puji bg Allah
Tuhan pentadbir seluruh alam...."



Dalam keadaan ketidakstabilan ekonomiu serta politik pada pasa sekarang..Marilah kita bersama-sama melakukan solat sunat Dhuha agar kita boleh mengadu nasib kita kepada-Nya tuhan Yang bersifat Ar-Razak iaitu Allah yang maha memberi rezeki..

No comments:

My Ping in TotalPing.com