MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Friday, May 28, 2010

Tazkirah Pagi.. Air Tangan 0rang Tidak S0lat..(^_^)

Assalamualaiku...
Selamat Pagi Semua..
Renungilah...
Tazkirah Pada Pagi Nie...
Air Tangan 0rang Tidak S0lat..
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan
malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),
"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak
dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil
dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada
zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi
Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak
payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi
Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar
tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya
pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang
terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak
perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih
hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki
tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang
yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati,
menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa
hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh
dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu
baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan,
selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau
meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam
basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan
makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati
minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ? Tapi lain
pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti
canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun
makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat
kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa
beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai
diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda
berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah
wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu
abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu"

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana
amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan
kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn
amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah
Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku
lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah
sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~

No comments:

My Ping in TotalPing.com