MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Tuesday, April 6, 2010

~~Tazkirah : Taati Ibubapa~~(>_<)

Assalamualaikum..

Sebenarnya post ak ini diambil drpd e-mail yg diberi oleh mak su ak..s0 k0rang hayati lar yerk..maybe ad di antara k0rang yg dh pernah dengar p0wn citer nie..tp ak post pown sekadar nk mengingatkn diri ak sendiri..

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia
dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika
salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut
dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada
keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah
kepada mereka perkataan yang mulia . Dan rendahkanlah dirimu terhadap
mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku,
kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku
waktu kecil."

(Al-Israa' : 23 - 24)

"Seorang berbangsa Arab datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam
lalu berkata: " Wahai Rasulullah apakah dia dosa besar?" Nabi
Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Mensyirikkan Allah." Dia (orang
Arab itu) berkata lagi: "Kemudian apa?", Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Kemudian menderhaka kedua ibu bapa ..." (Hadits riwayat Al-Bukhari)

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku...ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel? aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ?ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan? yang paling cepat marah..ibu
Bila takut? yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk? yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon? Ibu
Bila seronok? orang pertama aku nak beritahu?Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang selalu peluk dan cium aku.... Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Aku sudah ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? aku cari pasanganku
Bila sedih? aku cari Ibu
Bila berjaya? aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti? aku bawa pasanganku
Bila sibuk? aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu?
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ?.. aku ingat pasanganku
Selalu? Ibu ingat kat aku
Bila..bila? aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ?aku nak talipon Ibu
Selalu ?aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang
untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan
Tapi....
Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi..
bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan!
Hanya yang termampu Al-Fatihah..!



Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih
adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia,
Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud:

“Ada, iaitu berdoa, beristighfar untuk kedua-duanya, menyempurnakan
janji,
memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang
tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).



2 comments:

ardinihumaira said...

iya... ibulah segalanya.. InsyaAllah, dni tak lupa jasa ibu,, sekarang, keperluan ibu, dni ushakan sebaik mungkin.. dni praktikkan sejak di bangku sekolah lagi... :) moga kita jadi anak yang solehah, amin

Unknown said...

insyaallah..sem0ga kita semua menjadi anak yg s0leh dan s0lehah hendaknya..amin..

My Ping in TotalPing.com