MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Thursday, June 23, 2011

Sayang Padaku..

SAYANG PADAKU : KIAI KANJENG

Duka derita duka laraku didunia
Tidaklah aku sesali juga tak akan aku tangisi
Sesal kita apapun yang kurasakan dalam hidupku
Semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwaku

Andaikan dunia mengusir aku dari buminya
Tak akan aku merintih juga tak akan aku mengemis
Ketidak adilan yang ditimpakan oleh manusia
Bukanlah alasan bagiku untuk membalasnya

Asalkan kerna itu
Tuhan menjadi sayang padaku
Segala kehendak-Nya
Menjadi syurga bagi cintaku

Bukanlah apa kata manusia yang ku ikuti
Tetapi pandangan Allah tuhanku yang kutakuti
Ada tiadaku semata-mata milik-Nya jua


Friday, June 17, 2011

Tip Kempiskan Perut..

Pagi semua..

Nie khas untuk sesiapa yg mempunyai perut yang agak buncit..


Tips MengecilkanPerut :
1.Bangun pagi-pagi..
2.Berdiri tegak. Tundukkan kepala, pandang ke perut..
3.Bongkok kan badan..
4.Buka baju..
5.Lalu tampar perut berulang-ulang, sambil cakap :
"Buat Malu.. Buat Malu.. Buat Malu...!!"

hahahahahahahaha 


Jangan marah yer..
Lawak di pagi hari..


Tuesday, June 14, 2011

Pewaris

Salam..

"Syariat Islam menetapkan aturan perwarisan dalam bentuk yang sangat teratur dan adil. Islam telah memperinci dan menjelaskan melalui Al Qur’an Al-Karim mengenai hak setiap ahli waris dengan tujuan mewujudkan keadilan di dalam masyarakat. Meskipun demikian, sehingga kini isu pembahagianharta warisan menjadi penyebab utama keretakan hubungan kekeluargaan. Keretakan hubungan kekeluargaan sering disebabkan oleh ahli-ahli waris yang kurang faham mengenai hakikat perwarisan, pengurusan dan kaedah pembahagian." 



Apsal kan tetiba tajuk entry pasal pewaris..
ekceli minggu lepas *seingat ak la* ada beberapa org daripada amanah raya memberi taklimat mengenai harta pusaka kat kampung kami .

Taklimat ini diadakan kerana banyak kes mengenai perebutan harta pusaka dalam kalangan adik-beradik setelah kematian ibu bapa..
Macam biasalah masa ibu bapa masih hidup bolehlah cakap taknak harta tersebut, tapi bila kedua-duanya dah meninggal, masing-masing nak menuntut hak..
Then mulalah adegan bermasam muka antara adik-beradik hinggakan ada kes adik-beradik tak bertegur sapa hingga bertahun-tahun lamanya..

Menurut ENCIK yang memberi taklimat, seelok-eloknya ibu bapa yang banyak sangat hartanya perlu menamakan atau mewasiatkan setiap hartanya kepada pewaris-pewarisnya agar selepas dia meninggal tidak timbul kekecohan *lebih kurang camtu la ENCIK AMANAH RAYA bagi taklimat*


Dalam kes aku camne..?? * tetiba jadi tamak*
haha2~




Sunday, June 12, 2011

Who Next..??

Salam..
Selamat Pagi Semua..
Tetiba tajuk entry Who Next..?? kan3~
Who Next ape plak nie..
http://www.emocutez.com


Ekceli semalam kawan ak bertunang..
Kawan first dr SMK Bandar Maharani yang bertunang..
Ak  plak yg nervous..
adessshhh...


Dia dah lepas, then lepas nie sapa plak..
kita nantikan yer..




Sorang dah bertunang..4 lagi tu kosong..haha2~


My Ping in TotalPing.com