MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Friday, November 13, 2015

Satu Lagi Anak Buah

Salam Jumaat Yaumul Barakah.
Alhamdullilah, pagi tadi tadi panggilan dari pakcik, menantunya selamat melahirkan anak.
Makanya nyai sudah official menjadi moyang, dan aku tidak berubah status kakak.. haha.. Tak ada adik beradik, kita kongsi anak cousin..
Moga baby jadi anak yang soleh. Kak Diya doakan.. Amin..


Sunday, October 18, 2015

Diari Almarhum Atuk

Assalam.
Sedang kemas-kemas stor tiba-tiba aku ternampak satu buku. Buku tu dah koyak sebahagian Cik Ti dah gigit. Buka dalam ada tulisan jawi yang sangat cantik. Belek-belek rupanya almarhum Atok yang punya.
Ikut isi dalam tu, atok ceritakan pengalaman hidup dia. Ada juga dia selitkan doa-doa yang menjadi amalan. Tapi disebabkan dah lama jadi tulisan sukar untuk dibaca.
Aku dah cakap dengan nyai (baca:nenek) yang aku nak simpan diari tu. Sebagai kenangan. Maklumlah aku tak pernah jumpa beliau.
Al-Fatiha buat Atok Suparman bin Hj Abdul Manan.

My Ping in TotalPing.com