MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH
Showing posts with label ~artikel~. Show all posts
Showing posts with label ~artikel~. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Peringatan Lukman Al-Hakim

hye..Selamat Pagi
hari nie ak nk bg tazkirah skit..
ha3~
selamat membaca..

Lukman mengajar anak kenang jasa ibu bapa


PERKARA ketiga yang dibangkitkan Lukman al-Hakim dalam wasiatnya ialah
mengenang budi ibu bapa.

Lukman mendidik anaknya supaya mengenang budi dan berterima kasih di atas
susah payah dan jerit perih ibu bapa membesarkan anak dengan penuh kasih
sayang dan pengorbanan.

Tunaikan hak kedua-duanya terutama kepada ibu kerana ibu bersusah payah
bermula dari proses mengandung sehingga melahirkan anak, menyusu sehingga
tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama dua tahun, membelai dan mendidik
siang malam.

Ketaatan kepada ibu bapa (walaupun berlainan agama) adalah wajib kecuali
apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang
disyariatkan Islam.

Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat
ini di mana terima kasih kepada ibu bapa datang selepas syukur kepada
Allah.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14, surah Lukman bermaksud: “Dan kami
wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu
bapanya. Ibunya mengandung dengan menderita kelemahan di atas kelemahan
dan menceraikan menyusu dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada
ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali.”


Anak yang soleh =>
 Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu
dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf
Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: "Kenapa bahumu itu? Jawab
pemuda itu: Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu
yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah
melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat,
atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya (dibahu). Lalu anak muda itu
bertanya: Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang
sudah berbakti kepada orang tua? Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan
mengatakan: Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak salih, anak yang
berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta
orang tuamu."

Oleh itu, saya menyeru kepada semua, marilah kita berbakti kepada kedua orang tua kita..

I LOVE YOU, MOM AND DAD..


Wednesday, April 7, 2010

~~Bangga Dengan Brunei~~


Assalamualaikum..
Sudah bace keratann artikel di atas..
Mesti semua tertanya-tanya mengapa saya berbangga dengan negara orang lain bukan dengan negara sendiri..
Saya rasa berbangga dengan Brunei kerana sedaya upaya mempertahankan kedaulatan Islam..
Sebelum membaca artikel ini saya tidak tahu bahawa di Brunei penjualan arak adalah diharamkan oleh kerajaan..
Di Malaysia penjualan arak berleluasa dan setahu saya(kalau salah sila betulkan) salah satu sumber pendapatan kerajaan adalah daripada cukai penjualan arak..
Masya Allah..
Jika benarlah, kita semua turut bersubahat dalam hal ini..
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita...
Sebenarnya, orang yang minum arak ini bukan setakat orang bukan Islam, malahan orang Islam sendiri yang meminumnya..
Saya ambil contoh di kampung saya sendiri..apabila diadakan konsert atau kugiran, pada keesokan paginya pasti botol-botol arak bersepah..tetapi yang meminumnya bukan orang kampung sendiri tetapi orang yang entah dari pelusuk mana datangnya..pantang ada terdengar konsert atau kugiran pasti akan dihadirinya..kesian pada tuan rumah..

Turunlah wahai pemimpin..
Pertahankan kedaulatan agama kita..
Mungkin saya hanya dapat pertahankan melalui tulisan tangan kerana suara kecil ini mungkin tidak akan didengari..

"Sesungguhnya, hidupku..matiku kerana Allah Taala"




My Ping in TotalPing.com