MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Friday, March 30, 2012

30 Mac Dalam Sejarah


Seperti yang tertulis dalam tajuk..
Hari nie nak tulis serba sedikit tentang sejarah yang berlaku pada 30 Mac


1.  30 Mac 1432 - Kelahiran "Si Penakluk"  Muhammad al-Fatih (الفاتح)

     Dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
      “ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”

2.  30 Mac 1842 -  Penggunaan ubat tidur pertama untuk pembedahan

     Doctor Crawford Long menggunakan anesthetic atau pun kaedah pelalian dalam bidang perubatan untuk melakukan pembedahan yang merubah asas bidang perubatan.Doctor Long merupakan graduan perubatan dari University of Pennsylvania pada tahun 1839 dan seorang pakar dalam bidang pembedahan dan farmasi.

3.  30 Mac 1977 -Memperingati Hari Tanah Air Palestin
    
    Land Day atau 'Hari Tanah Air' Palestin bermula pada 30 Mac 1977 apabila tentera zionis menyerang orang awam Palestin yang berdemonstrasi untuk membantah rampasan tanah secara berleluasa di Galilee, utara 'Israel' atau lebih tepat lagi wilayah Palestin yang dijajah sejak 1948. Pada hari tersebut, tentera zionis membunuh enam orang Palestin, mencederakan 96 orang dan menahan dan memenjarakan kira-kira 300 orang. Seluruh bangsa Palestin di dalam 'Israel', Tebing Barat, Gaza dan mereka yang berada di khemah-khemah pelarian di negara-negara Arab mengistiharkan hari tersebut sebagai Land Day atau Hari Tanah Air untuk mengingati kehilangan tanah rakyat Palestin yang masih berlaku untuk meluaskan lagi negara haram Israel.

4.  30 Mac 1989 - Hari kelahiran watak utama Filem Ketika Cinta Bertasbih, M.Kholidi       Asadil Alam

     M. Kholidi Asadil Alam lahir di Pasuruan, Jawa Timur, 30 Mac 1989. Setelah berjaya memainkan peranan sebagai Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih I dan II, Kholidi ingin meneruskan  cita-citanya untuk menambah ilmu berbisnes.
  
dan

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

30 Mac 1989
Hari Ulangtahun Kelahiran
Anak Kepada Pasangan Tn. Hj. Mohd. Nor bin Suparman dan Pn. Hjh. Halimah binti Mohamed
iaitu      
YAB #yg amat bertuah Cik Nurul Nadia binti Mohd. Nor.

Ucapan buat diri sendiri:
" Semoga menjadi hamba Allah yang taat akan perintahnya, Semoga menjadi anak yang solehah penyejuk hati ibu dan bapa dan Semoga menjadi rakan atau teman yang setia dikala susah senang sahabatnya" Aamin Ya Allah...


 

Friday, March 23, 2012

SANDSLOVA nak bagi hadiah untuk saya!!

Ehem...ehem...
Jom join kontest by SANDSLOVA...


hu..hu..
kena jawab soalan dari SANDSLOVA nie tau...

 1.  Saya minat fesyen tudung jenis ........... kerana .......... (1jenis fesyen sahaja!)

Jawapanku : Saya minat fesyen tudung jenis bawal kerana ia sentiasa menjadi kegemaran orang ramai walaupun terdapat pelbagai fesyen tudung terbaru yang muncul. Ia juga tak lapuk dek hujan dan tak lekang panas.



2. Tudung yang saya rasa saya suka dalam SANDSLOVA ialah ......., dan sebabnya.. (1jenis tudung sahaja)

Jawapanku : Tudung yang saya rasa suka dalam SANDSLOWA ialah Bawal Sulam Crown dan sebabnya kera ia kelihatan berkilau-kilau dan bersinar-sinar bagaikan permata yang disinari cahaya matahari..# cewaaah...

  3.  Komen / Pendapat saya mengenai SANDSLOVA

Jawapanku : Komen ~ Kurang pilihan bagi tudung tudung bawal. Pendapat ~ Banyakkan pilihan tudung bawal dari segi corak dan warna kerana sekarang ramai mula mencari-cari tudung bawal semula.


My Ping in TotalPing.com