MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Saturday, February 19, 2011

::..Segmen 2 Dalam 1 : Khas Buat Blog Punya Follower..::

hye..selamat petang..
harini ak exercise dlm blog jerk la..
: BLOGWALKING :


Ni ak dh terjoin segmen dlm blog Ben Asaari :
Kategori 1

sape2 nak join bole gak.
syaratnya simple jer..

  1. Sila letak header BEN ASHAARI BLOG
  2. Tajuk : SEGMEN 2 DALAM 1 : KHAS BUAT BLOG PUNYA FOLLOWER  dan linkkan ke entri ini 
  3. Pastekan url entri anda tu di ruangan komen dan jangan lupa , PASTIKAN TULIS SEKALI KATEGORI 1 atau 2 selepas , url tu.... contoh:http://www.benashaari.com/khas_buat_blog.html( KATEGORI 1 ) .. macam tu.. ok ?
ok done..!!



Peringatan Lukman Al-Hakim

hye..Selamat Pagi
hari nie ak nk bg tazkirah skit..
ha3~
selamat membaca..

Lukman mengajar anak kenang jasa ibu bapa


PERKARA ketiga yang dibangkitkan Lukman al-Hakim dalam wasiatnya ialah
mengenang budi ibu bapa.

Lukman mendidik anaknya supaya mengenang budi dan berterima kasih di atas
susah payah dan jerit perih ibu bapa membesarkan anak dengan penuh kasih
sayang dan pengorbanan.

Tunaikan hak kedua-duanya terutama kepada ibu kerana ibu bersusah payah
bermula dari proses mengandung sehingga melahirkan anak, menyusu sehingga
tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama dua tahun, membelai dan mendidik
siang malam.

Ketaatan kepada ibu bapa (walaupun berlainan agama) adalah wajib kecuali
apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang
disyariatkan Islam.

Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat
ini di mana terima kasih kepada ibu bapa datang selepas syukur kepada
Allah.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14, surah Lukman bermaksud: “Dan kami
wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu
bapanya. Ibunya mengandung dengan menderita kelemahan di atas kelemahan
dan menceraikan menyusu dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada
ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali.”


Anak yang soleh =>
 Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu
dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf
Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: "Kenapa bahumu itu? Jawab
pemuda itu: Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu
yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah
melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat,
atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya (dibahu). Lalu anak muda itu
bertanya: Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang
sudah berbakti kepada orang tua? Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan
mengatakan: Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak salih, anak yang
berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta
orang tuamu."

Oleh itu, saya menyeru kepada semua, marilah kita berbakti kepada kedua orang tua kita..

I LOVE YOU, MOM AND DAD..


My Ping in TotalPing.com