MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Tuesday, August 31, 2010

1 Malaysia Menjana Transformasi

Salam satu Malaysia sume...
Hari nie 31 Ogos 2010, genaplah Tanah Melayu merdeka..
Terima kasih kepada pejuang terdahulu yang berjuang mati-matian untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajah..
Ramai pahlawan negara yang patut kita kenang jasanya..
kita ad Tok Janggut, Dat0' Bahaman, T0k Gajah, Leftenan Adnan dan sebagainya..
Dulu mase zaman sek0lah..sangat minat satu sajak patri0tik yang dihasilkan oleh Usman Awang..
Tajuk sajak tue Melayu..

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Merdekakah kita ???MySpace
lu pikir lar sendiri..
"Selamat Menyambut Hari Kebangsaan"




Beringat Sebelum Kena, Berjimat Sebelum Habis

Hai sume..
Dah nk dekat raye ni..
mesti sume d0k sibuk ngn persiapan raya..
mesti ad yg tengah sh0pping sakan..
nk sh0pping tue b0le ar..
tp jgn sampai membazir plak..
j0m kite layan lagu Senari0 nie...
banyak pengajaran kt sini..

Puasa dan Raya
Hari raya semua bagai nak gila
Bila puasa buat-buatlah lupa
Berpakaian semua harus sepadan
Tapi puasa tak cukup sebulan


Berpuasa rukun Islam ketiga
Wajib kita untuk menunaikannya
Tidak kira usia tua dan muda
Miskin dan kaya semua serupa


Anak-anak gembira bila syawal menjelma
Lebih hebat ibu dan bapanya
Berhabis tak berkira asal nampak bergaya
Walau hutangnya panjang berjela


Habis raya semua mula bekerja
Poket kosong baru ingat nak puasa
Kawan semua buat tak tahu saja
Nak pinjam duit teringat hutang lama


Ini kisah jadi tauladan
Biar kita buat sempadan
Banyak-banyakkan amalan
Duit habis dalam simpanan
Cakap banyak nanti ku tangan
Tak baik, kesian


Kita harus kuatkan iman
Hidup ini banyak dugaan
Memang tidak dinafikan
Dari itu kita elakkan
Di bulan Ramadan memang tak tahan
Jangan ikut perangai syaitan

So pesanan penaja :: Berhati-hatilah di jalan raya..anda mampu mengubahnya...*ada kena-mengena ngn n3 ker..lalala~ layannnnn*

My Ping in TotalPing.com