MENINGGI JANGAN SAMPAI MEMBUANG BUDI, MERENDAH JANGAN SAMPAI TERGADAI MARUAH

Friday, April 22, 2011

Orang Istimewa


Adik2, Kakak2, Abang2..meh ddk rapat2..
Saya nak mulakan satu citera..
alkisahnyaaa.....dang..dang...dang..(pukulan gendang) 
ceh..mcm nak cerita cerita klasik plak..
hu2~


Ekceli macam nie..*tukar gaya bahasa*
Semalam mama call..
mama cakap ada orang istimewa nak cakap ngan aku..
cer teka..korang rasa sapa...
aku punyalah membayangkan siapalah orang istimewa tersebut..


Tada...




Aku ingat salah seorang daripada mereka..
hu2~
rupa-rupanya sangkaanku meleset..


Lepas mama bagi phonenya kat '0rang Istimewa' tersebut..
maka keluarlah sura garau..
k0rang nak tau sapakah 0rang tersebut..
cer teka..cer teka..


0rang istemewa tersebut adalah..
tada...




Nie dia 'orang istimewa tersebut'
haha~
bapak aku rupanya..
istimewa la jugak..


kne puji lebih2 skit..
mne tau dapat duit poket lebih..
boleh la buat duit belanja pi Sarawak..
haha2~


nie gambar abah masa muda2~


nie masa umur 30an - 40an kot


nie plak gambar abah yang terbaru..

Cuba korang tengok apa persamaan kat gambar nie..
aku x tnya dah perbezaan..
mesti korang dpt jwb..

perbezaannya ialah..
abah x senyum masa tangkap gambar..
that's why lah aku pon susah nak senyum bila tangkap gambar..
mana tumpah kuah kalau tak ke nasi..


cer tengok dak kat atas nie..
nak tak nak jer senyum..
like father like daughter..
he2~

Sebelum aku menamatkan ceritera ini..
aku nak bgtau korang..
ketiga-tiga gambar passport bapak aku tue di simpan dalam dompet aku..
korang nak tau tak kenapa..
jawapannya.
bila pak aku bukak dompet ak then ternampak gambar die..
mesti la die suka kan..
coz die tahu bahawa dielah sumber pendapatan aku sekarang..
tempat aku bergantung makan..
tapi waktu sekarang la..
nnt aku dh keje biar bapak aku plak simpan gambar aku..
that's mean aku la plak menjaga die..
he2~

Sekian,
itu cahaja ceriteraku...
tata..titi..tutu..



Thursday, April 21, 2011

Pesanan Sayyid Qutb



Seandainya kau tangisi kematianku,
dan kau sirami pusaraku dengan airmatamu,
maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh,
nyalakan obor buat umat ini,
dan……
teruskan perjalanan ke gerbang jaya.

Kematianku adalah suatu perjalanan,
mendapatkan kekasih yang sedang merindu,
taman-taman di syurga tuhanku bangga menerimaku,
burung-burungnya berkicau riang menyambutku,
bahagialah hidupku di alam abadi.

Puaka kegelapan pasti akan hancur,
dan alam ini akan disinari fajar lagi,
biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi,
nun di sana fajar sedang memancar
(Pesanan Sayyid Qutb yang ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid di tali gantung pada tahun 1965)


Kes penipuan dalam peperiksaan..

As-salamu 'alaykum,

Selesai sudah satu paper, maka 4 paper bakal berkunjung tiba.
Semalam dapat satu e-mel daripada lecturer yang mengajar subjek Aqidah..
iaitu paper firstku..
Agak terkejut dengan isi kandungan e-mel tersebut kerana dilaporkan bahawa seorang pelajar telah ditangkap kerana cubaan untuk meniru dan menipu..


Bukan sahaja lecturer yang sedih..
aku turut merasa sedih..mana taknya, belajar Pengajian Islam..
tapi buat perkara yang boleh menjejaskan sifat seperti orang Islam..

Apa yang pelik..
kenapa aku x perasan ada 0rang ditangkap semasa peperiksaan..
khhusyuk sangat ker aku menjawab soalan..
hu2~
Apa2 pon aku harap pelajar tersebut bertaubat..
Pintu taubat masih terbuka luas buat anda..
Insyaallah..^_^


Monday, April 18, 2011

Exam..Exam..Exam..



PEPERIKSAAN SEMESTER II
SIDANG AKADEMIK 2010/2011

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SELASA Р19 April 2011 ̬ 9.00 pg Р12.00 ptg (3 jam)
HIU122 (Perluasan Aqidah Islamiyyah)
E41 PHS II

SELASA Р26 April 2011 ̬ 9.00 pg Р12.00 ptg (3 jam)
SEU 327E (Ekonomi Pemasaran Pertanian dan Koperasi)
Dewan Kuliah U

RABU –27 April 2011è 2.15 pg – 5.15 ptg (3 jam)
SEW 212 (MIKROEKONOMI 2)
Dewan Utama Desasiswa (DUD)

KHAMIS –28 April 2011 è 9.00 pg – 12.00 ptg (3 jam)
HIS 224 (INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM)
Dewan Utama Desasiswa (DUD)

JUMAAT Р29 April 2011̬ 9.00 pg Р12.00 ptg (1 jam)
SEW 214 (MAKROEKONOMI 2)
Dewan Utama Desasiswa (DUD)



Aku Pencinta Haiwan..




Bosan..
s0 nak tunjukkan gambar2 haiwan yg aku tangkap..
he2~


Ayam gajah dan arnab

Kancil yang cerdik

Kambing a.k.a bebek

Sesumpah kot..

Monyet yang miang

Monyet nie suka pompuan..miang sungguh..!!

p/s : study la Nadia..esok nak exam..hu2~

Sunday, April 17, 2011

Hati-hati...Babi Berbulu..!!

Hye..!!
Selamat Pagi..
korang pernah tengok tak..
Babi a.k.a khinzir a.k.a celeng yang berbulu..
Nah nie haa..







Korang tengok nie..
Dah macam kambing biri-biri plak aku tengok..

Berjaga2..jgn terkena.
HATI-HATI.

JAKIM, mainkan peranan.. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke
dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu
haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk
untuk kegunaan muslim. Ingatlah, agenda kafir untuk mempersendakan
kesucian agama Islam takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan
mereka.

Umat islam, perlu berhati-hati..!!

p/s : pasni kne samak la bel0g nie..ada celeng sesaat


Saturday, April 16, 2011

Sekadar Menghilangkan Tekanan..

Apa kata orang :http://www.emocutez.com
1. 99.9% lelaki amat pandai masak kari.....tapi megi kari saja la


2. Lelaki kadang2 memang suka memasak....tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk...

3. Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah...bising bukan main

4. Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju...pastu, sambil isap rokok plak...

5. Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin...

6. Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat...cepat sikit masak

7. Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri.. ..

8. Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng'komplen' nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..
Antara sebab sebab lelaki memasak:http://www.emocutez.com

* Malas nak pegi kedai
* Hampir hampir pokai
* Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
* Mental theraphy
* Konon konon nak practice...nanti buleh amik hati pasangan
* Buang tebiat...
Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki.

Friday, April 15, 2011

Rabbighfirli Warhamni

BESARNYA MAKNA DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita
hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak
tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud
semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti
membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima
curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang
tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut
sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di
atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya
lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura
memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita
begitu.


-Wallahua'lam-



Ya Allah! Hanya keredhaanMu kami pinta
Kurniakanlah hidayahMu kepada kami
Rahmatilah kami
Amin Yaa Rabbal aa'lamin


Tuesday, April 5, 2011

Semakin Panas

ASSALAMUALAIKUM..
HYE ..!!

Minggu-minggu terakhir nie..
buat bikin kepalaku jd panas..
assignment belum di submit..
hu3~
chay0k NADIA..

http://www.emocutez.com


Arrrggghhh....!!!
http://www.emocutez.com
hu2~


http://www.emocutez.com


kroookk..kroookkk..!!
http://www.emocutez.com
up..down..up..down..!!









Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA !


jom join..klik sini..

A Glass of Water...Correct Time




Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to the Human
body.



 
Two (02) glasses of water  - 30 minutes before meals - Help digestion

 
One (01) glass of water - After waking up -  Helps activate internal organs


One (01) glass of water - Before sleep  - To avoid stroke or heart attack

 
One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure







Saturday, April 2, 2011

Istikarah Cinta..

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
 (QS Ar-Rum [30]:21)




Diatas Sajadah malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahsia Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku
istikarah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah
dalam doa ku bersimpuh pasrah
memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah
bila jawapan itu masih menggantung di langit
maka turunkanlah
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi
maka keluarkanlah
bila jawapan itu sulit ku raih
maka mudahkanlah
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah


Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat



“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.



Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.



Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin..!!


sumber :akuislam.com


My Ping in TotalPing.com